KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL (MTP3012)

GERAKAN KEAGAMAAN MENJADI ASAS PERUBAHAN SENARIO POLITIK SESEBUAH NEGARA.

1.1 Pengenalan.

Agama memainkan peranan yang begitu penting dalam mencorakkan ketamadunan manusia. Jika sejarah Islam diikuti secara tidak mendalam sekalipun, jelas sekali orang Arab Jahilliah, yang mundur dan berperang sesama sendiri apabila menerima Islam dan mengikut ajarannya telah berjaya mendirikan sebuah empayar pemerintahan yang amat besar dan mencipta tamadun yang tinggi yang jauh lebih moden dari tamadun Yunani dan Rome semasa zaman tersebut. Dari negara Sepanyol hingga ke benua China, ajaran Islam dikembangkan sehinggalah separuh daripada umat manusia menerima agama Islam.

Selepas orang Islam diusir dari Sepanyol pada 1492, Empayar Islam Turki pula muncul di Eropah Timur dan asia Tengah, tetapi Empayar Islam turki juga merosot sehinggalah Turki bukan sahaja tidak lagi menjadi pusat Empayar Islam, sebaliknya Turki menolak islam dalam pentadbirannya dan mengishtiharkan negaranya sebagai negara sekular yang tidak lagi terlibat dengan dunia Islam.

Sebelum kurun ke-17, gereja berkuasa penuh dalam tampuk pemerintahan negara. Pope telah diberikan hak untuk mengampunkan dosa dan kesalahan. Ia juga terpelihara daripada dosa kesilapan, sekaligus memberikan hak ketaatan mutlak kepada Pope daripada pengikut-pengikut Kristian.

Tekanan-tekanan yang menyelubungi dunia barat ini meledakkan kebangkitan rakyat dan zaman kebangkitan rakyat ini yang dinamakan zaman Renaissance, memisahkan agama daripada urusan negara dan meletakkan Kristian di sudut yang sempit sahaja. Gereja dianggap penghalang kemajuan. Maka selepas itu, wujudlah zaman sekularisme. Ia mengetepikan perkara-perkara ketuhanan, alam roh dan segala berkaitan dengan alam ghaib. Sekularisme juga memusuhi agama dan berusaha meletakkan agama di dalam lingkungan yang sempit serta menjadikan agama sebagai hak kebebasan individu.

Kita dapat lihat daripada dua senario tersebut, gerakan yang berlandaskan agama boleh menghancurkan atau membangunkan sesebuah masyarakat dan negara. Kebangkitan gerakan-gerakan agama ini boleh memberi kesan terhadap suasana politik sesebuah negara. Kita dapat lihat fenomena ini di Iran, Afganistan, Sudan, Timur Tengah, China dan India. Di negara kita pula, gerakan Islam dapat dilihat memberi kesan ke atas tampuk politik di Kelantan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GERAKAN AGAMA ISLAM DAN PERUBAHAN SENARIO POLITIK DI SESEBUAH NEGARA.

2.1 Gerakan Keagamaan di Turki.

Pada zaman pemerintahan Attartuk, di tampuk kepimpinan beliau telah membawa malapetaka yang besar kepada Islam dengan perlaksanaan gigih sekularisme iaitu pemisahan agama daripada kehidupan berpolitik. Islam tidak lagi selaku teras kedaulatan. Pendeknya, dalam gerakan mensekularisasikan negara, aspek syariat tidak lagi mendapat tempat dalam pemerintahan. Namun ia tidak sama sekali menhentikan perjuangan Islam dan keimanan yang masih bertapak di sanubari rakyat.

Syeikh Said Nursi Bediuzzaman meneruskan perjuangan menyedarkan orang ramai tentang bahayanya apa yang dihadapi oleh Turki. Beliau diekori kemana sahaja dan pernah diintip ketika hendak bersembahyang supaya mematuhi larangan azan dilaungkan dalam bahasa Turki. Syeikhul Islam Turki, Sheikh Mustaffa Sabri telah mengeluarkan fatwa tentang sekularisme. Katanya, penganut ajaran tersebut adalah terkeluar dari Islam.

Pada tahun 1945, corak pemerintahan satu parti (Parti Rakyat ketika itu) telah dimansuhkan. Muncul parti politik baru dan menentang secara terbuka tentang dasar dan Rancangan Parti Rakyat. Buku bercorak agama diterbitkan setahun kemudian dan terdirinya parti demokratik Turki yang diasaskan oleh kalangan pemimpin Parti Rakyat seperti Jalal Bayar, Adnan Manderes, Fuad Koprulu dan lain-lain. Mereka masih menyokong sekularisme tetapi wujud perbezaan pendapat. Mereka mahukan demokrasi sejati, menentang bentuk kekejaman dan berpendirian kehendak Islam. Diantara janji utama ialah, sekiranya Parti Demokratik memegang teraju kuasa, azan akan dibenar untuk dilaungkan dalam bahasa Arab. Menerusi pilihanraya 1950, Parti Demokratik telah menang besar. Salah satu sebab kemenangan ialah kerana usaha penyokong Said Nursi yang merayu undi supaya menyokong parti itu.

Tanggal 16 Jun 1950 menjadi detik penuh bersejarah dan gilang-gemilang kerana azan dilaungkan dalam bahasa Arab. Pengharaman terhadap rukun haji dimansuhkan dan sekolah agama dibuka semula. Pada 1951, Persatuan Menggalakkan Pendidikan ditubuhkan dan Sekolah Imam dan Khatib dibangunkan, Al-Quran dibacakan di corong-corong radio, Risailan-Nur (karya Said Nursi yang diharamkan) telah dicetak dan disebarkan.

Sungguhpun Parti Demokratik bersikap tolak ansur terhadap Islam, tetapi sekularisasi yang berlangsung selama 27 tahun tetap sukar melentur pemujanya. Dengan gema kritikan yang lantang serta mengutarakan Politik Islam, saki-baki penyokong dasar lama seperti pemilik akhbar, golongan birokrat dan elit tentera mula melenting dan menekan kerajaan melalui tangan-tangan yang tidak nampak supaya bertindak terhadap penyokong Islam.

Perdana menteri, Adnan Manderes tidak berupaya menghadapi tekanan dan terpaksa tunduk. Gerakan bermula pada 1952 dan 1953. Mac 1952 Parti Islam Demokratik diharamkan, manakala duta yang pro Islam dipanggil pulang. Suasana yang ada telah digunakan oleh pewaris sekular untuk menentang dakwah. Pada 23 Mac 1960, Ustaz Said menghembuskan nafas yang terakhir. Dua bulan selepas kematian beliau, anasir sekular dalam tentera Turki telah menggulingkan kerajaan. Rampasan tentera pada 1960 diketuai oleh Jeneral Jamal Cursel, seorang berdarah Yahudi. Adnan Manderes dan Jalal Bayar ditangkap dengan tuduhan mengkhianati dasar-dasar Kamal Attarturk.

Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukumya "Penentangan Islam Terhadap Aliran Pemikiran Perosak", di kalangan umat Islam, Turki adalah negara umat Islam di Timur yang mengisytiharkan sekularisme Barat sebagai asas politik baharunya selepas Attarturk memegang tampuk kekuasaan. Turki menerima sekularisme adalah secara paksa yang dibuat oleh Pihak Berikat setelah mereka memenangi Perang Dunia Pertama.

2.2 Gerakan Keagamaan di Afghanistan

Puak Taliban, sebuah pergerakan dari kumpulan Sunni Muslim telah berjaya menawan ibunegara Afghanistan, Kabul pada September 1995. Gerakan ini berjaya menawan kota tersebut selepas dua tahun berkempen menentang kerajaan. Selepas menawan Kabul, puak Taliban telah mewujudkan undang-undang baru di Afghanistan. Pucuk kepimpinan Taliban telah menutup semua sekolah perempuan. Para wanita diarahkan tidak keluar bekerja. Kaum wanita juga diwajibkan menutup aurat dan jika tidak berbuat demikian, mereka boleh dikenakan sebatan. Sementara arahan kerajaan Kabul meminta supaya semua ketua jabatatan dan gabenor wilayah menjadi imam sembahyang jamaah bagi kawasan masing-masing, suatu yang logikal bagi gerakan Islam. Sememangnya Negara Islam harus tertegak dengan sembahyang berjemaah dan berimamkan ketua politik atau pentadbiran di empat masing-masing. Semua peraturan ini didasarkan di atas hukum-hukum Islam.

Jiran-jiran Afghanistan dan kerajaan barat amat risau dengan pengaruh puak Taliban ini ke atas gerakan-gerakan Islam yang kini sedang tersebar dari Pakistan ke Turki dan ke Asia Tengah. Puak Taliban dijangka akan menjadi penggerak kestabilan politik jika mereka boleh terus memegang kuasa. Adalah diharapkan dengan kemunculan kuasa dominan Taliban, segala huru-hara dinegara tersebut akan datang ke penghujungnya.

2.3 Gerakan Keagaman di Iran

Revolusi Iran pada awal 1980an telah menawarkan paradigma baru terhadap ekonomi, politik, sosial dan idelogi. Revolusi Iran ini diketuai oleh pemimpin utama Iran, Ayatullah Khomeini. Beliau mempunyai pegangan yang kuat tentang kekuasaan yang tidak boleh dipersoalkan dalam keberkesanan Islam untukmewujud dan mengekalkan sosial dan politik. Khomeini juga berpegang teguh kepada fakta asas tentang revolusi Islam. Ia menjadi kenyataan atas sokongan yang aktif dan pengorbanan pemuda dan para saudagar yang begitu berharap Iran bertukar kepada sebuah negara yang mempunyai sistem menggunakan hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara.

Presiden Ali Hashimi Rafsanjani pula faham tentang keperluan sains, teknologi dan pengurusan moden dalam memajukan rakyat Iran. Rafsanjani melonggarkan kekuatan ulama Islam dengan membenarkan para teknokrat Islam melarikan diri semasa revolusi untuk kembali ke tanahair dan melatih generasi teknokrat Islam yang baru.

2.4 Gerakan Keagamaan di Timur Tengah

Kebanyakan parti politik Islam di Timur Tengah wujud pada tahun 1980an. Kebangkitan parti-parti politik ini menunjukkan bahawa sebahagian besar masyarakat Timur Tengah yang ingin kembali kepada Islam sebagai sistem kawalan dalam seluruh kehidupan mereka. Perjuangan parti-parti politik ini walaupun berbeza tetapi pada dasarnya sama iaitu untuk mewujudkan sebuah negara yang berlandaskan hukum syariah.

Perjuangan parti-parti ini juga menjadi semakin hangat selepas Revolusi Iran di bawah pimpinan Ayatullah Khomeni yang telah menampakkan kejayaan dalam menggulingkan kerajaan beraja Shah Reza Pahlavi. Perjuangan parti-parti Islam ini adalah untuk menghapuskan dasar sekular kerajaan dengan menggantikannya dengan pemerintahan Islam sepenuhnya.

2.5 Gerakan Keagaman di Arab Saudi

Sebelum 1990, dasar kerajaan Saudi Arabia tidak membenarkan rakyatnya mewujudkan parti politik, mengadakan perbincangan umum, perhimpunan awam dan juga mengkritik kerajaan. Namun sejak awal 1990, dasar kerajaan telah berubah kepada dasar Infitah iaitu dasar terbuka. Di bawah dasar ini, rakyat mula berani bersuara dan mengkritik beberapa isu mengenai masa depan negara.

Pada 1991, ulamak-ulamak meminta dalam surat tuntutan mereka supaya kerajaan Arab Saudi memberi peranan yang lebih besar kepada ulamak dalam pemerintahan dan agensi kerajaan. Antara tuntutan-tuntutan lain adalah supaya kerajaan:

Pada 1993, sebuah pergerakan Islam yang digelar Jawatankuasa Hak Rakyat di Arab Saudi telah ditubuhkan oleh Muhammad al-Masari. Namun ianya diharamkan oleh kerajaan Arab Saudi kerana menentang dasar kerajaan dalam usaha untuk menerapkan Islam sepenuhnya di dalam pentadbiran kerajaan.

Selepas itu, perjuangan Jawatankuasa Pertahanan Hak disambung oleh Saad Al-Fakih di London. Antara gerakan mereka adalah menghantar

Selain daripada itu, perjuangan ini juga disebabkan oleh Perang Teluk di mana mengikut laporan, kerajaan Arab Saudi telah membelanjakan sejumlah 70 bilion dolar US semasa Perang Teluk. Justeru itu, golongan ini berpendapat bahawa kerajaan telah salah mengurus wang negara. Di samping itu, banyak pembaziran dibuat atas bayaran kepada golongan kerabat diraja. Seterusnya mereka mempersoalkan hak untuk mentadbir negara. Mereka berpegang kepada prinsip di mana pemimpin negara Islam mesti dilantik oleh rakyat dan harus bertanggungjawab.

Namun pergerakan ini hanya merupakan satu penentangan tetapi tidak ada program dan agenda, lebih-lebih lagi pergerakan ini adalah dari luar negeri, maka ia tidak memberi kesan yang kuat terhadap rakyat.

2.6 Gerakan Keagaman di Mesir

Sebenarnya gerakan penentangan Islam telah mula pada 1880an dengan gerakan reformasi dalam Islam iaitu Salafiya yang bertujuan untuk mengembalikan Islam seperti zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman Khalifah ar-Rasyidin. Kemudiannya apabila Mesir dijajah oleh British, masyarakat Mesir telah diresapi oleh peradaban Barat. Kini Mesir pula diperintah oleh Parti Demokratik Kebangsaan yang dipimpin oleh Hosni Mubarak yang mengamalkan dasar ekonomi liberal. Antara parti pembangkang Islam adalah seperti

Ketiga-tiga pergerakan ini adalah bertujuan untuk menghapuskan pemerintahan sekular di Mesir. Pengasas Ihkwan Muslim adalah Hassan al-Banna yang mendapat sokongan kuat terutama daripada golongan berpendapatan rendah. Ia membuka beberapa sayap perjuangan, antaranya ialah Jawala, Kataib, Jihaz al-Khas dan Taqfir wa Hijra. Jihaz al-Khas kemudiannya telah membunuh Perdana Menteri Mesir, Mahmud an-Nurqrashi pada 1948. Tindakan ini telah mengakibatkan pemimpin Ikhwan Muslimin dihukum mati.

Selepas itu, Ikhwan Muslimin dipimpin oleh Syed Qutb yang berpegang kepada ideologi bahawa masyarakat Mesir sekarang sudah menyimpang daripada ajaran Islam dan mula kembali kepada amalan-amalan jahiliyah. Beliau juga berpendapat bahawa kerajaan Mesir pada masa itu tidak boleh direformasi lagi malah kerajaan yang ada sekarang ini perlu ditukar dengan kerajaan yang baru iaitu sebuah negara Islam yang perlu mengamalkan prinsip tauhid, ijtihad dan hijrah.

Pendapat ini bertentangan dengan pemimpin-pemimpin pergerakan sayap Ikhwan Muslim dan akhirnya mereka mulai berpecah dalam haluan perjuangan. Sehubungan dengan itu, Jihazal al-Khas mula dikenali dengan nama Jihad Islam dan Taqfir wa Hijra bertukar menjadi Jemaah al-Islam. Parti ini lebih radikal sehingga Presiden Anuar Sadat mati dibunuh pada 1981 dan diikuti pula oleh beberapa cubaan bunuh atas Presiden Hosni Mubarak pada 1996 dan Menteri dalam negeri, Hassan al-Alfi.

Penentangan parti politik dan pergerakan Islam di Mesir juga berkaitan dengan faktor sosio-ekonomi. Terdapat jurang perbezaan yang begitu ketara sama ada dari segi ekonomi mahupun corak hidup. Masyarakat bandar menjalani kehidupan Barat manakala masyarakat di hulu Sungai Nil pula berpegang kuat kepada ajaran Islam.

Pada 1994, apabila Mesir dilanda bencana gempa bumi, Kerajaan Mesir tidak mampu memberi bantuan makanan, pakaian, dan tempat tinggal kepada rakyatnya yang terbabit. Itu sebab rakyat miskin begitu kecewa dengan Kerajaan Mesir. Keadaan ini menjadi lebih serius dengan keadaan di mana Mesir merupakan negara kedua di Timur Tengah yang paling banyak mengimport kereta Mercedez. Jadi jelaslah bahawa kekayaan Mesir tidak diagihkan dengan seimbang. Sehubungan dengan itu, wujudlah dua jenis masyarakat yang saling bertarikan mencari arah pembentukan identiti negara sama ada terus kekal menjadi negara moden sekular atau menjadi sebuah negara Islam yang dipimpin oleh ulamak.

2.7 Gerakan Keagaman di Palestin

Gerakan parti Islam di Palestin dikuasai oleh HAMAS yang diasaskan oleh Syeikh Yasin. Seperti parti politik yang lain, gerakan parti ini adalah untuk menghapuskan idea-idea sekular. Pada tahun 1980an, parti ini mulai menjadi radikal dengan menyusun kalendar mogok dan penentangan terhadap Israel. Kemudian pada 1996, HAMAS memulau pilihan raya pembentukan Pihak Berkuasa Palestin. Mereka masih lagi menuntut bahawa negara Palestin itu dari Sungai Jordan hinggalah ke Laut Mediterranean dan tidak mengiktiraf negara Israel.

2.8 Gerakan Keagaman di Algeria

Sejak diperintah selama 13 tahun di bawah kerajaan sekularisme dan rasuah, rakyat Algeria telah bosan dengan kerajaan sekular yang gagal memperbaiki keadaan ekonomi rakyat di mana seramai 26 juta yang masih hidup dalam kemiskinan. Ini menyebabkan banyak rusuhan berlaku untuk menunjukkan perasaan rakyat kepada pemerintah. Kini, rakyat mulai mengalih perhatian kepada parti Islam yang digelar Barisan Penyelamat Islam (FIS) yang dipimpin oleh Dr. Arbassi Madani. Pada 1991, FIS hampir-hampir berjaya menubuhkan kerajaan di Algeria di mana parti ini telah memenangi sebanyak 188 kerusi daripada 232 kerusi yang dipertandingkan. Malangnya tentera yang didatangi oleh Perancis telah masuk campur dan membatalkan kemenangan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GERAKAN KEAGAMAAN (SELAIN DARI ISLAM) DAN PERUBAHAN SENARIO POLITIK DI SESEBUAH NEGARA.

3.1 Gerakan Keagaman di India.

Dua gerakan agama yang besar di India iaitu yang dipimpin oleh Ghandi dari Parti Kongres dan Mohamed Ali Jinnah dari "Muslim League", telah mendesak British memberikan kemerdekaan kepada India. Kemerdekaan dicapai pada 1947. Parti Kongres telah meminta India untuk rakyat beragama Hindu manakala "Muslim League" telah meminta sebuah negara untuk umat Islam. Ini menjadikan India dipecah dua, maka wujudlah Pakistan.

India hidup dengan kerajaan berubah-ubah. Kini, nasionalis Hindu berjuang untuk membentuk kerajaan menggunakan Parti Bharatiya Janata (BJP). Politik India bergolak teruk kerana sungguhpun Parti Bharatiya Janata (BJP) mempunyai anggota parlimen paling ramai tetapi tidak cukup kuat untuk membentuk kerajaan sendiri. BJP memerlukan sokongan daripada dua parti lagi iaitu Parti Kongres dan Barisan Bersatu untuk menubuhkan kerajaan campuran. Bagaimanapun, Parti Kongres dan Barisan Bersatu berpegang teguh pada prinsip sekularisme dan tidak menerima BJP yang mendokong ideologi nasionalisme Hindu yang dianggap sebagai bercanggah dengan sekularisme India dan boleh membahayakan negara itu dalam pertembungan antara agama dan antara kasta. Oleh itu, harapan BJP untuk membentuk kerajaan hancur.

 

3.2 Gerakan Keagamaan (Buddha) Di Tibet Negeri China Terhadap Sistem

Pemerintahan Komunis Negeri China.

Negeri China merupakan salah sebuah negara di Asia yang mengamalkan sistem pemerintahan sosiolis (komunis) sehingga ke hari ini. Di dalam Negeri tersebut terdapat sebuah daerah yang bernama Tibet dimana ia terletak di dataran tinggi dengan ketinggian 14,000 kaki yang megah dengan biara-biara, tokong-tokong dan sebagainya. Walau bagaimanapun ketenteraman negeri buddha Tibet tidak kekal dimana ia telah diserbu oleh komunis Negeri China pada tahun 1950. Pembunuhan beramai-ramai telah berlaku antara Koa Ming-Tang dengan orang Tibet. Sejak hari itu, 1.2 juta orang Tibet mati dalam 6,000 biara dimusnahkan dan beribu-ribu orang Tibet dipenjarakan. Dalam artikel yang bertajuk "In Remote China, Tibetans Reclaims Lives From Communist Ruins" (1998) menggambarkan kemusnahan ini iaitu:-

Half-built Buddhist temples two and three stories high and clusters of monks’ dormitories - the labour of 14 years - are rising from a hillock where radical communists one reduced the 300-year-old Gedan Songzan monastery to ruins.

Kini Tibet tidak mempunyai kebebasan dalam ucapan, keagamaan atau wartawan akhbar and tanggapan orang Tibet diteruskan sewenang-wenangnya. Terdapat 700 ahli politik Tibet dipenjarakan dan dipaksa untuk berkerja sekurang-kurangnya sepuluh hingga dua puluh tahun. Panchen Lama (ahli agama yang penting) yang berumur enam tahun telah hilang dan masih tidak dapat dikesan. Dalai Lama adalah pemimpin spiritual dan politik, melarikan diri dari Tibet pada 1959 ke India bersama dengan 100,000 orang pelarian Tibet. Barang yang dihasilkan oleh penduduk Tibet di penjara telah di eksport ke luar negari. Pembeli luar negara tidak pernah soal siapa yang menghasilkan barang ini tetapi dengan pasti ia adalah hasil keluaran Negeri China.

Kerajaan Negeri Cina sentiasa memberitahu publik bahawa Tibet adalah sebahagian dari Negeri Cina sedangkan tiada sebarang bukti yang dapat menyatakan kedua-dua budaya ini adalah sama. Tibet dan Cina sebenar mempunyai bahasa, makanan, pakaian, gaya hidup dan agama yang berbeza walaupun pemerintah menuduh Tibet adalah sebahagian dari Negeri Cina. Bagi tujuan tertentu, Kerajaan Negeri Cina mengakui Tibet adalah sebahagian dari Negeri Cina tetapi pelaksanaan adalah berbeza seperti mengasingkan Tibet dari Negeri Induknya.

Tokoh Spiritual atau Agama Tibet yang kini diasingkan (berada di India) dari Tibet iaitu Dalai Lama. Seperti nasibnya Tibet juga diasingkan oleh Kerajaan Negeri Cina sebagai satu negeri yang berasingan. Dalai Lama telah berusaha untuk berunding dengan kerajaan Negeri Cina bukan sahaja untuk masa depan orang Tibet malah ekonomi dan keselamatan bersama dengan Negeri Cina. Dalai Lama menggunakan pendekatan pertengahan ‘middle way approach’ dalam mencapai penyelesaian bersama. Apabila diajak untuk berunding, Encik Deng Xiaoping’s menyatakan bahawa apa-apa perkara kecuali kemerdekaan boleh dibincangkan dan diputuskan. Tetapi malangnya semua cadangan yang telah dikemukakan oleh Dalai Lama untuk dibincangkan telah mendapat jawapan yang negatif. Walau bagaimanapun, Dalai Lama tidak pernah putus asal untuk memperjuangkan hak-hak seorang manusia yang paling asas mengikut agama buddha dimana manusia hendaklah dilayan baik supaya boleh hidup aman dan damai. Dalai Lama juga mempercayai bahawa dengan kemakmuran agama buddha di Negeri Cina boleh menyumbangkan kepada jutaan manusia berkenaan dengan kejiwaan dan nilai moral yang serba kurang di Negeri Cina hari ini.

"As Buddhists, they are devoted to the principles of nonviolence and compassion for all beings"

Memandangkan Tibet telah diasingkan oleh kerajaan Negeri Cina dari dulu lagi. Kini tiba masanya untuk mengembalikan hak bersuara kepada orang asalnya. Apabila kita lihat negara jajahan Inggeris Hong Kong telah diserah balik kepada Negara Cina dan juga negara-negara jajahan lain yang meimpa nasib yang sama. Dunia luar juga prihatin terhadap nasib orang Tibet termasuk Bil Clinton dalam prihal hak asasi manusia.

Tetapi mengikut Jiang Zemin apabila ditanya (sebenarnya disoalsiasat, interrogation) oleh media dan pihak lain tentang Hak Asasi Manusia di Negeri Cina Jiang tidak berganjak. Jawapannya standard di mana pun: "Apa yang berlaku di Medan Tiannanmen tahun 1989 adalah masalah dalam negeri dan Amerika Syarikat tidak perlu campur tangan seperti juga Negeri Cina tidak campur tangan dalam perbuatan dan penyalahgunaan Hak Asasi di Amerika yang terus menerus dialami oleh rakyat Amerika bukan kulit putih. ("Pabila China Muncul", 1997 )

Jiang yang usianya sama dengan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang jurutera, pemimpin kedua dari China yang mengadakan sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat di tanah besar Amerika semenjak negara China Komunis ditubuhkan 48 tahun dahulu. Ini jelas menunjukkan Jiang dengan tidak bertolak ansur dengan mengemukakan alasan yang sama seperti yang ditimpa oleh orang kulit hitam dan kulit putih di Amerika.

3.2.1 Perubahan senario politik di Negeri China

Menurut Lodi Gyari, pengutus khas kepada Dalai Lama dalam artikel yang bertajuk "U.S. works behind Scenes For renewed talks between China, Dalai Lama" (1998 ) menyatakan: "This is an interesting time. We are being very careful. For the first time after so many years we do believe there is positive movement in Beijing".

Jiang juga menawarkan perbincangan dengan Dalai Lama jika Dalai Lama bersetuju bahawa Tibet dan Taiwan sebagai sebahagian daripada Negeri China. Jiang juga menjelaskan bahawa pintu adalah terbuka untuk berunding. Ini meruapakan kali pertama pemimpin Negeri Cina berucap secara terbuka tentang Dalai Lama tanpa memanggilnya pemecah "splitist" terhadap kemerdekaan. Clinton juga menggalakkan perhubungan di antara kedua-kua pihak dan mengingatkan Jiang bahawa Dalai Lama adalah sangat dihormati sebagai pemimpin agama. Dalai Lama juga menegaskan sekali lagi bahawa dia inginkan otonomi dalam Negeri China itu sendiri dan bukan hendak memperjuangkan kemerdekaan. Orang Tibet sekarang telah merasai kesusahan hasil daripada masalah yang wujud dengan pemerintah Negeri Cina itu sendiri.

3.2.2 Pendidikan di Tibet

Kini Dalai Lama menggalakkan orangnya menginteraksi dengan orang Cina bagi memastikan orang Tibet tidak ketinggalan dalam semua aspek seperti tahap pendidikan, teknologi dan sebagainya. Dalam artikel yang bertajuk "China Finds Pen is Mighter Than Sword In Tibetan Schools" (1997) menyatakan:-

China, which has tightened its rule over Tibet during the last five decades without being able to conquer the minds of Tibetans, is now finding the classroom is perhaps its ultimate weapon for control.

Kenyataan ini menonjolkan kerisauan kerajaan Negeri Cina tentang perjuangan Dalai Lama sehinggakan adalah artikel yang menyatakan:-

"If the Dalai Lama dies, the movement can fracture and there could be guerrilla and terrorist groups."

Orang Tibet lebih suka belajar di universiti di luar dari Tibet dengan kepercayaan bahawa standard education di Tibet adalah rendah. Orang Tibet kini tidak mempunyai keyakinan bahawa pendidikan di Tibet adalah kurang jika dibandingkan dengan Negeri Cina. Di Beijing, kelas pendidikan politik dan juga agama diajar tiga kali seminggu untuk menghasilkan orang Tibet yang tidak diketuai oleh semangat keagamaan dan dapat mengintergrasi dalam sistem sosiol ekonomi Cina. Orang Tibet enggan menerima tindakan kerajaan Negeri Cina dalam menggantikan budaya Tibet dengan budaya Negeri Cina. Penduduk Tibet yang tinggal di bandar mempunyai peratusan ke sekolah yang tinggi jika dibandingkan dengan penduduk luar bandar. Penduduk dipaksa oleh kerajaan untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Jika sesiapa yang enggan mematuhinya akan dikenakan tiga kali ganda bayaran atas pendapatan setahun. Walau bagaimanapun cara ini tidak boleh diapplikasikan kepada penduduk yang amat miskin. Ibubapa mempunyai pilihan untuk memilih bahasa yang akan digunakan di sekolah rendah. Semasa berada di sekolah menengah kerajaan membenarkan penggunaan Bahasa Cina dan Tibet secara adil (sejarah dan sains diajar dalam bahasa Mandarin kecuali Tibetologi dan perubatan tradisional). Peluang orang Tibet memasuki universiti tempatan kurang ketat jika dibandingkan dengan orang Cina. Tambahan pula terdapat kekurangan profesor Tibet di universiti.

Tibet kini diduduki oleh orang Cina untuk merampas peluang pekerjaan yang baik dan yang bakinya diberikan kepada orang Tibet. Bangunan, tempat Tibet yang bersejarah telah menjadi tempat pelancongan orang luar. Sami yang terdapat di kuil, biara dan sebagainya merupakan orang biasa yang berpakaian seperti sami. Ini telah melanggari kesucian agama Buddha. Tibet juga merupakan lima punca datangnya bekalan air yang terbesar di Asia. Tasik yang dulunya digelar suci kini telah menjadi penjana kuasa elektrik.

Menurut artikel yang bertajuk "Clinton sambut Baik Kunjungan Dalai Lama ke Gedung Putih" (1997) menyatakan Dalai Lama membahas kebebasan agama tetapi sasaran utamanya adalah mempergunakan pejabat Amerika Syarikat untuk mendesak Negeri Cina duduk dalam perundingan membahas otonomi Tibet walaupun bukan kemerdekaan penuh. Manakala pemerintah Cina menuduh Dalai Lama memanfaatkan agama sebagai topeng untuk memperoleh kemerdekaan Tibet. Peluang ekonomi yang baik di Tibet telah menyebabkan kemasukan orang Cina ke Tibet dimana setengah dari penduduk di Lhasa adalah orang bukan Tibet.

Dalam laporan Zavrel (1997) semasa temubual dengan abang Dalai Lama iaitu Thubten Jigme Norbu dalam "Dalai Lama: My dream for Tibet’s Freedom" menjelaskan bahawa falsafah agama buddha menekankan perubahan adalah sesuatu yang penting; tidak ada sesuatu yang kekal dan tidak berubah; cuma kita tidak tahu bila masanya ia akan berubah apabila ditanya tentang masa depan Tibet. Manakala Thubten juga menyatakan kerajaan Negeri Cina tidak suka apa-apa perfileman dilakukan di Tibet. Walau bagaimanapun "Seven Days in Tibet", "Interview With The Vampire" dan "Legends Of The Fall" telah berjaya dihabiskan dan ditayangkan ke seluruh dunia.

Filem ini telah menggambarkan kehidupan masyarakat Tibet yang tenang tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur politik yang lain sebelum serangan komunis yang dipimpin oleh Mao Tse Tung dalam gerakannya untuk menghalau Kuo-Min-tang ke Pulau Fomosa. ("Ketika Tibet Diserbu Tentara Komunis", 1998)

Di bandaraya San Franciso and New York terdapat pameran tentang "Tibetan Art". Pameran seumpama ini juga dijalankan di Jerman. Walaupun terdapat seni yang dipamerkan di "People Palace" and juga perpustakaan berkenaan dengan seni Tibet adalah dicuri dari Tibet. (Zavrel, 1997)

Dalai Lama telah memenagi Hadiah Novel Pendamaian 1989 dalam gerakan bersama dengan India dalam isu senjata.

 

4.0 GERAKAN AGAMA ISLAM DAN PERUBAHAN SENARIO POLITIK DI

MALAYSIA.

4.1 Gerakan Keagamaan di Malaysia (Kelantan).

Islam telah menjadi aqidah perjuangan PAS, matlamat dan cita-citanya wajib dipertahankan. Ianya adalah kesinambungan daripada yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. yang ditegakkan di dalam diri individu, keluarga dan masyarakat, sehinggalah menegakkan negara Islam yang mendaulatkan hukum Allah secara menyeluruh, walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang datang dari segenap penjuru. PAS berusaha mentarbiyahkan ahlinya untuk mencapai ciri-ciri tersebut. Ianya bukan sekadar mengaku menjadi Islam secara individu, tetapi mestilah berusaha agar cahayanya menerangi alam dengan meninggikan Islam itu sehingga ke peringkat menyuruh dan menegakkannya ketahap kekuatan iman yang kental. Ini telah terbukti dengan terbentuknya kerajaan yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. Kerana itu PAS wajib memegang dan mempertahankan Islam daripada sumbernya yang paling teguh.sebagaimana ditegaskan di dalam undang-undang tubuh PAS iaitu Al-Quran, hadis, ijma' dan qias yang nyata. PAS menolak dan menentang dengan tegas segala yang bercanggah dengannya sama ada dinamakan agama, ideologi ataupun 'isme', dan dengan sikap terbuka menerima segala yang baik walau daripada mana datangnya. Dengan sikap tersebut, PAS mengajak manusia secara individu dan kerajaan menerima Islam secara total.

Justru itu, PAS menentang faham sekularisme yang diamalkan oleh mereka yang menonjolkan Islam dalam batas tertentu saja sepertimana program Islamisasi yang tidak memberikan tempat kepada Islam menjadi agama yang memimpin. PAS yakin bahawa keingkaran kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan hukum Islam yang 'soreh' dan qatie' di dalam al-Quran dan al-Sunnah seperti mengharamkan arak, judi, riba, hukum qisas, hudud dan lain-lain, adalah bukti jelas menunjukkan parti itu menganut ideologi sekularisme, biarpun UMNO yang menjadi

parti utama dalam kerajaan itu menegaskan mereka juga kononnya berjuang untuk menegakkan Islam.

PAS akan terus menerus mempertahankan aqidah perjuangan Islam dan mentarbiahkan ahli, penyokong dan rakyat umumnya dalam meneruskan perjuangan yang mulia ini. Kita sedar perjuangan ini memerlukan pengorbanan yang besar, cabaran yang tinggi, masa yang panjang, namun PAS berkeyakinan bahawa inilah caranya untuk mendapat keredhaan Allah, menyelamatkan ummah dan menerima janji kemenangan dunia dan akhirat.

4.2 Meneguhkan Jamaah Dengan Aqidah

PAS wajib membina jamaah supaya menjadi golongan Islam yang meneruskan perjuangan Islam tulen kerana perjuangan PAS adalah kesinambungan daripada perjuangan Islam. Kita berpegang teguh dengan prinsip perjuangan dan akan terus menerus mengajak umat supaya kembali kepada Islam yang menyeluruh yang pernah memberi kejayaan dan kemuliaan kepada penganutnya, dengan membawa kebaikan dan menegakkan keadilan untuk manusia sejagat. PAS mewajibkan ahlinya supaya berpegang dan beramal dengan Islam secara syumul dan berjuang menghadapi segala cabaran dan halangan dengan penuh hikmah bagi melaksanakan tuntutannya.

4.3 Kejayaan Kelantan

Kejayaan kita menerajui semula Kelantan telah melenyapkan momokan negatif yang dilemparkan kepada PAS. Kelantan terus ditadbir dengan aman dan sentosa dan rakyatnya dari pelbagai kaum hidup tenteram. Bahkan dari sudut kadar jenayah, Kelantan telah mencatatkan kadar penurunan yang berterusan untuk beberapa tahun.

Tanggapan bahawa PAS hanya mampu bercakap dan mengkritik dan tidak mungkin berjaya mentadbir kerana ketandusan idea dengan sendirinya tenggelam apabila Kerajaan Kelantan memperkenalkan satu demi satu perubahan-perubahan keIslaman. Ar-Rahn, pajak gadai yang pertama di negara ini dengan sistem tanpa riba, industri perlancongan dan perhotelan yang terus berkembang sekalipun telah diubahsuai mengikut kehendak Islam, pengharaman sepenuhnya perjudian dan penyusunan penggunaan minuman keras untuk rakyat yang bukan Islam, penubuhan hospital An nisa', sebagai model hospital Islam dan pinjaman perumahan dan kenderaan kepada kakitangan kerajaan secara Islam. Dalam hal cuti bersalin untuk kakitangan wanita, umpamanya, Kelantan telah mendahului kerajaan pusat lebih 7 tahun yang lalu.

Dari segi pengurusan kewangan, Kerajaan Kelantan telah membuktikan pengurusan kewangan Islam yang mampu membebaskan sesebuah negeri dari beban hutang dan pembaziran, serentak dengan itu melihat peningkatan hasil simpanan negeri. Semua ini sudah cukup untuk meyakinkan seluruh rakyat di negara ini bahawa Islam membawa kerahmatan kepada negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5.0 KESIMPULAN.

Pergerakan parti Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara sedang memasuki era yang intensif. Walau bagaimanapun, ia masih belum menampakkan kejayaan. Walaupun parti Islam di Turki telah berjaya membentuk kerajaannya tetapi atas tekanan dan rintangan dari pihak tentera akhirnya terpaksa juga mengundur diri. Begitu juga dengan FIS di Algeria. Namun semangat tetap membara bagi mewujudkan sebuah negara Islam tulen.

Pada kesimpulannya, gerakan-gerakan yang berlandaskan agama mampu menggegarkan atau mengubah senario politik sesebuah negara. Tidak dapat dinafikan, tampuk pemerintahan sesebuah negara akan tergugat jika isu agama dijadikan misi perjuangan sesebuah gerakan. Isu agama adalah mat sensitif bagi para penganutnya.

Para pemimpin yang memegang kuat kepada menegakkan agama akan berjaya membangkitkan semangat rakyat untuk berjuang. Ini dapat kita lihat seperti apa yang berlaku di Iran, Afghanistan, negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Ayatollah Khomeini telah berjaya menumbangkan kerajaan sekular yang ketika itu di bawah pemerintahan Shah Iran.

Begitu juga di Afghanistan. Puak Taliban yang telah berjaya merampas pucuk kepimpinan negara, telah menggunakan hukum-hukum agama Islam sebagai landas memimpin negara. Walaupun suasan kucar kacir pada mulanya, dunia melihat Puak Taliban dapat membawa kestabilan dalam negara dan juga di negara-negara jirannya.

Di China, Dalal Lama pula menggunakan agama Buddha sebagai faktor untuk menarik sokongan rakyat terhadap isu Tibet dan Negara Cina.

Malaysia pula, kemenangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) memegang pucuk pimpinan negeri Kelantan memberi senario politik baru dalam negara kita. Sehingga sekarang, Kelantan dapat ditadbirkan dengan baik oleh parti tersebut. Walaupun pada awal-awal dulu terdapat keraguan daripada Kerajaan Pusat, tetapi rakyat Kelantan terus yakin dengan PAS. Oleh itu, jelas sekali, pemimpin pemimpin gerakan agama dapat mengubah senario politik sesebuah negara.