KERTAS KERJA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (MTT 2703)

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN)

Adalah menjadi matlamat kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai sebuah negara yang maju pada tahun 2020. Untuk ini, peningkatan dari teknologi berasaskan proses yang mudah kepada teknologi yang lebih canggih akan memerlukan kepakaran 153,000 jurutera dan pembantu teknik. Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosio ekonomi serta politik di Malaysia adalah di antara faktor yang menyebabkan pertambahan jumlah kilang-kilang diseluruh negeri. Boleh dikatakan setiap hari terdapat kilang-kilang yang baru di bina dan beroperasi, dengan jumlah kilang yang bergitu banyak maka kerajaan merasakan perlunya diadakan satu akta yang dapat mengawal operasi sesebuah kilang. Dalam tahun 1967 telah termaktub satu akta kilang yang diberi nama Akta Kilang Dan Jentera 1967.

Langkah kerajaan memperuntukkan Akta Kilang dan Jentera 1967 bertujuan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dilindungi. Hakikatnya, soal keselamatan di kilang harus sama-sama ditangani oleh pihak majikan dan pekerja. Walau bagaimanapun, secara sedar atau tidak, setiap hari kemalangan tetap berlaku samada di rumah atau di tempat kerja, malah kemalangan di kilang lebih banyak dilaporkan. Peningkatan kes berkaitan dengan bencana di tempat kerja menunjukkan industri tidak patuh dengan standard dan panduan daripada pihak berkuasa, kata Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng. terdapat 100,000 kes kemalangan dan kecederaan membabitkan bencana kerja dilaporkan setiap tahun dalam negara. Di antara kemalangan di kilang-kilang yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan pada jentara, kecerlakaan peralatan kilang dan terhidu bahan kimia. Beberapa kes kematian akibat jentera dan mesin yang rosak telah dilaporkan. Malah beberapa kes kematian akibat terhidu gas beracun turut dilaporkan. Kebanyakan bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan apabila terdedah tanpa dilindungi. Langkah-langkah keselamatan harus dilaksanakan apabila mengendalikan bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca, resin dan pelekat. Dengan adanya Akta Kilang dan Jentera 1967, semua pihak yang terlibat dalam perkilangan mempunyai tanggungjawab yang sudah tetapkan. Tujuannya ialah untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja kilang.

Akta ini digubarkan dengan harapan ianya dapat mengawal kilang untuk mengikut garis panduan dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja kilang. Akta ini juga digunakan untuk membuat pendaftaran dan pemeriksaan peralatan jentera juga mesin.

Akta kilang dan jentera 1967, juga mengambil berat tentang kesihatan pekerja-pekerja kilang. Ini kerana pekerja kilang lebih banyak terdedah kepada bahaya keselamatan dan kesihatan. Bahan-bahan kimia yang digunakan oleh kilang perlulah di beri perhatian yang lebih oleh pihak majikan. Dalam akta ini juga ada tersebutnya langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh pihak majikan juga pekerja. Selain daripada kulit yang menghadapi bahaya, bahagian lain yang paling mudah terdedah pada bahaya bahan kimia ialah mata, hidung, kerongkong serta bahagian atas saluran pernafasan. Kesan pendedahan adalah bergantung kepada nilai pH,jadi pihak majikan diperlukan untuk selalu membuat kajian dan pemeriksaan keatas pH mengikut akta ini. Selain daripada kesakitan dan tidak selesa, pekerja juga terpaksa menerima rawatan dan mengambil cuti sakit dan ini akan mempengaruhi produktiviti sesebuah organisasi.

Kemalangan di kilang melibatkan mesin dapat dielakkan sekiranya majikan dan pekerja memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap keselamatan diri dan orang lain. Mengikut akta kilang dan jentera. Setiap mesin yang digunakan perlu sentiasa di baik pulih dan diperiksakan mengikut jangka masa yang tertentu, ini bergantung kepada jenis mesin yang digunakan. Setiap mesin yang digunakan di dalam kilang perlu mempunyai data-data pemeriksaan, baikpuih dan penyenggaraan sepenuhnya.

Mesin-mesin yang digunakan juga perlu dibuat pendaftaran kepada pihak yang berkenaan. Akta pendaftaran (akta ke-18 dalam Akta Kilang) bertanggungjawab dalam pendaftaran mesin-mesin dan alatan elektrik yang digunakan. Sesebuah kilang boleh dikenakan tindakan undang-undang seandainya tidak membuat pendaftaran peralatan yang ditetapkan. Adalah menjadi tanggungjawab akta ini untuk menjaga keselamatan peralatan yang digunakan supaya pekara yang tidak diingini tidak berlaku.

Akta Kilang dan Jentera bertanggungjawab sepenuhnya bagi operasi sesebuah kilnag yang dibina. Setiap kilang perlu memenuhi setiap yang telah ditetapkan oleh akta ini, tujuannya ialah menjaga keselamatan dan kesihatan bagi pekerja-pekerja kilang itu sendiri. Adalah penting akta ini dilaksanakan dalam negara membangun seperti Malaysia. Bukan saja pekerja dapat dijamin keselamtannya tetapi juga productiviti sesebuah kilang itu dapat ditingkat dan memberi kesan positif kepada perkembangan ekonomi negara.

Akta ini juga ada menyebut tentang pakaian perlindungan sepanjang masa yang disediakan oleh majikan dan mematuhi segala arahan atau langkah-langkah keselamatan serta kesihatan amat digalakkan. Contohnya bagi kilang yang menggunakan bahan kimia yang membahaya, maka pekerjanya perlu disediakan pakaian pelindungan yang boleh menjamin keselamatan mereka. Majikan mesti menyediakan tempat kerja dengan sistem penyenggaraan persekitaran yang bersih, selamat dan tanpa risiko. Maklumat, arahan dan poster-poster keselamatan bagi bahan-bahan berbahaya juga perlu disediakan. Penerangan mengenai bahaya bahan kimia industri dalam program latihan keselamatan, mengadakan latihan keselamatan secara berterusan, menyediakan peralatan keselamatan seperti sarung tangan, pelindung mata atau muka dan krim penahan bagi mencegah berlakunya kemalangan. Pihak majikan boleh dikenakan tidakan undang-undang seandainya tidak mengikut peraturan Akta Kilang yang ke-24.

Kesimpulannya Akta Kilang dan Jentera ini dapat menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja yang berkerja di kilang. Akta ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kemalangan tempat kerja di kilang-kilang. Sesebuah kilang dan jentera perlu mengikut akta-akta yang telah ditetapkan ini, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas kilang yang tidak mengikut akta-akta ini.

 

Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) 1969

Menurut kajian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dalam tempoh tahun 1991 hingga 1994, bilangan kemalangan di tempat kerja yang dilaporkan adalah melebihi setengah juta kes. Jumlah kemalangan tersebut menunjukkan suatu angka yang amat membimbangkan. Berikut adalah bilangan kemalangan yang dilaporkan mengikut tahun (Utusan Malaysia, 1 Jun 1996):

Tahun

Bil. Kemalangan

1991

124,898

1992

130,019

1993

133,293

1994

122,688

Peningkatan kes berkaitan dengan bencana di tempat kerja menunjukkan industri tidak patuh dengan piawaian dan panduan daripada pihak berkuasa, kata Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini. Katanya terdapat 100,000 kes kemalangan dan kecederaan membabitkan bencana kerja dilaporkan setiap tahun dalam negara (Utusan Malaysia, 2 September, 1997). Memandangkan tahap keseriusan kemalangan di tempat kerja adalah begitu kritikal, oleh itu, soal keselamatan harus bersama-sama ditangani oleh pihak majikan dan pekerja.

Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) 1969 adalah bertujuan untuk memberikan perlindungan insuran kepada pekerja-pekerja mana-mana industri. Bagi tujuan memastikan pekerja dan majikan bersama-sama menyumbang kepada tabung perlindungan Perkeso, majikan bagi sesuatu industri adalah diwajibkan mendaftarkan pekerja-pekerja mereka dan caruman bulanan adalah dikenakan dalam dua kategori iaitu (Lembaga Penyelidikan Undang-undang):

Kategori satu: Caruman bersama antara pekerja dan majikan sebagai

perlindungan terhadap kemalangan yang bakal menyebabkan

ketidakupaya dan kecederaan semasa bekerja.

Kategori dua: Caruman persendirian pekerja sebagai perlindungan terhadap

kemalangan yang bakal menyebabkan kecederaan semasa bekerja.

Akta ini turut menyenaraikan jumlah caruman yang sepatutnya dibayar oleh pihak majikan dan pekerja serta jumlah pampasan yang bakal diperolehi oleh pekerja yang ditimpa kecelakaan. Menurut laporan The Star: Economic Report 1996/1997, sejak PERKESO (SOCSO) ditubuhkan pada 1971, jumlah caruman terkumpul sehingga suku pertama pada tahun 1996 adalah sebanyak RM4.7 billion.

Antara feadah perlindungan yang akan dinikmati oleh para pencarum PERKESO adalah (Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 1993):

Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) 1969 menjamin pemberian perlindungan kepada pekerja melalui skim pampasannya. Apabila seseorang pekerja ditimpa kecelakaan yang meragut nyawa atau menyebabkan sebarang penyakit, kecederaan atau kecacatan, skim pampasan Perkeso akan disalurkan sebagai gantirugi kepada si mangsa. Dengan ini, bantuan yang diberikan akan dapat mengurangkan beban si mangsa atau keluarganya atas segala kehilangan atau kerugian.

Disamping itu, Akta ini juga meliputi bidang penguatkuasaan seperti denda atau hukuman berhubung kegagalan pihak majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka sebagai ahli PERKESO atau kegagalan pekerja menjelaskan caruman pada suatu tempoh. Sabit kesalahan, bagi setiap kesalahan, tertuduh akan dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali (Lembaga Penyelidikan Undang-undang).

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 (Jabatan Buruh)

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 (Jabatan Buruh) hanya digunakan di Semenanjung Malaysia sahaja.

Definasi Kanak-kanak adalah mereka yang kurang daripada umur empat belas tahun. Manakala Orang Muda adalah sesiapa yang bukan lagi kanak-kanak tetapi belum memcapai usia enam belas tahun.

Kementerian mengarahkan satu badan yang terdiri daripada ahli bebas dari sebarang kepentingan untuk mempengerusikan perbincangan isu-isu seperti kadar bayaran minimum dan hak-hak golongan kanak-kanak dan orang muda. Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 hanya membenarkan golongan berkenaan melakukan pekerjaan di siang hari bersesuaian dengan keupayaan dirinya.

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 juga melarang golongan berkenaan dari melakukan sebarang pekerjaan yang waktu bekerja dari pukul lapan malam sampai enam pagi keesokkannya. Bekerja secara berterusan selama empat jam berturut-turut tanpa berhenti rehat tiga puluh minit atau bekerja tujuh jam pada satu hari bekerja.

Akta ini di bawah seksyen 15, memastikan tiada golongan bawah umur yang bekerja di pusat-pusat hiburan kecuali dibenarkan untuk kes-kes istimewa. Akta ini juga memastikan lesen beroperasi akan ditarik balik jika terdapat gologan kanak-kanak atau orang muda melakukan pekerjaan yang membahayakan diri, kesihatan atau pekerjaan yang tidak bermoral.

Hukuman kepada sesiapa yang melanggar Akta Kanak-kanak dan Orang Muda boleh dipenjarakan selama tidak lebih dari enam bulan atau denda sebanyak dua ribu ringgit atau kedua-dua sekali. Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, pesalah boleh dikenakan penjara dalam jangka masa tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya.

Akta Pekerjaan 1955 yang mengandungi beberapa peraturan juga secara automatik boleh digunakan oleh Kanak-kanak dan Orang Muda di dalam melindungi hak dan kepentingan mereka.

 

 

Akta Perhubungan Perindustrian, 1967

Akta Perhubungan Perindustrian, 1967 merupakan suatu akta bagi mengadakan peraturan mengenai perhubungan di antara majikan, pekerja-pekerja serta kesatuan-kesatuan sekerja di sektor perindustrian. Tujuan Akta ini juga merangkumi tindakan mencegah dan menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat atau pertikaian yang berbangkit daripada perhubungan antara majikan dengan pekerja (Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 1993).

Menurut laporan Global Competitiveness 1997 yang berpangkalan di Geneva, Malaysia tersenarai di kalangan negara-negara membangun dan sedang membangun, sebagai negara ketujuh paling cemerlang dalam perhubungan perindustrian (The Star, 13 Januari 1998). Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek suasana tempat kerja, pendapatan pekerja dan undang-undang pekerjaan. Menurut laporan itu, buruh kanak-kanak adalah tidak wujud dan hak wanita adalah terpelihara dan tidak ditindas dari segi peluang pekerjaan. Laporan tersebut turut memuji kesungguhan Malaysia dalam meningkatkan mutu latihan teknikal, produktiviti dan juga kemampuan menyelesaikan pertikaian pekerja secara kos minima.

Seperti apa yang termaktub dalam Akta Perhubungan Perindustrian 1967, pewujudan perhubungan yang erat dan kukuh di antara majikan dengan pekerja dan kesatuan-kesatuan sekerja adalah menjadi agenda utama Akta ini (Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 1993). Akta ini memastikan hak pekerja terpelihara dalam soal penglibatan dan penyertaan dalam kegiatan kesatuan sekerja. Akta ini juga menjamin agar kesatuan sekerja adalah bebas daripada pengaruh, kawalan atau campurtangan pihak majikan. Ini adalah bagi mengelakkan diskriminasi oleh pihak majikan terhadap pekerja-pekerja yang bergiat dalam urusan kesatuan sekerja.

Dari segi pencegahan dan penyelesaian terhadap perbezaan atau pertikaian yang berbangkit daripada perhubungan antara majikan, pekerja dan kesatuan pekerja. Akta ini mempunyai kuasa untuk menyekat sebarang tindakan mogok, sekat masuk dan piket. Akta ini juga boleh dirujuk untuk tujuan mengadakan perundingan kolektif antara pihak majikan dengan pihak kesatuan sekerja dalam usaha penyelesaian masalah. Akta ini juga memberikan kuasa mutlak kepada Ketua Pengarah atau Menteri dalam mendamaikan sebarang konflik yang menemui jalan buntu.

Tambahan pula, Mahkamah Perindustrian juga boleh ditubuhkan khusus untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian berhubung dengan majikan, pekerja atau kesatuan sekerja. Kuasa yang ada pada mahkamah membolehkannya mengarahkan mana-mana pihak untuk memberikan keterangan dan penyemakan dokumen dijalankan. Ini secara terus mempercepatkan penentuan perkara. Mahkamah berkuasa dalam memerintah mana-mana pihak untuk disatukan, digantikan atau dibatalkan. Dalam kes-kes tertentu, Jawatankuasa Penyelidikan atau Lembaga Siasatan juga boleh ditubuhkan untuk membantu Mahkamah Perindustrian untuk menjalankan penyelidikan dan siasatan terhadap sesuatu pertikaian perdagangan.

Selain daripada itu, Akta ini juga secara tidak langsung melindungi kepentingan pekerja dalam soal pemecatan agar pekerja-pekerja tidak dibuang kerja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Mengikut peruntukan yang diberikan, Akta ini mempunyai kuasa untuk mengarahkan pihak majikan untuk menerima semula pekerja yang dipecat. Akta ini memandang berat terhadap kesalahan-kesalahan untuk memecat pekerja atau mencederakan atau mengancam untuk mencederakan seseorang pekerja semasa bekerja atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya.

Akta ini juga menggariskan larangan serta tindakan tata tertib terhadap pelajar yang terlibat dalam pertikaian perdagangan. Selain daripada itu, ia turut menyediakan panduan yang sah dalam pelancaran sebarang mogok dan sekat masuk.

Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452)

"Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 24.

Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah satu akta yang memelihara kebaikan para pekerja. Jumlah caruman terkumpul Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga 31 disember lalu ialah RM 130.85 billion, meningkat sebanyak RM 16.66 billion berbanding tahun sebelumnya (Berita Harian Online, Khamis, 25 April 1988). Kerajaan melalui Akta 452 boleh memastikan setiap pekerja membuat dua puluh dua peratus simpanan wang daripada gaji atau upah. Ia merupakan satu tabung simpanan wang untuk persedian hari tua dan dapat memenuhi impian pekerja memiliki rumah atau sebagai wang saraan hidup di hari tua.

Pekerja asing kecuali pembantu rumah yang berkhidmat di negara kita diwajibkan mencarum sebelah peratus daripada pendapatan mereka kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mulai Ogos ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Wong See Wah, berkata keputusan itu, yang dibuat oleh Kabinat turut mensyaratkan majikan mencarum RM 5 sebulan bagi setiap pekerja asing mereka. (Berita Harian Online, Jumaat, 24 Julai 1988).

Peranan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja memastikan pembayaran caruman hendaklah dikirimkan oleh majikan supaya sampai kepada Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak lewat dari hari yang kedua puluh satu selepas akhir bulan di mana caruman itu kena bayar. Sekiranya seorang majikan yang gagal dalam tempoh yang ditetapkan untuk membayar Kumpulan Wang caruman pekerjanya. Apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Pengiriman hendaklah secara tunai atau apa-apa cara lain sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga. Jika bonus dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatannya, bonus tersebut hendaklah bersama-sama dengan upah bagi bulanan dikira sebagai caruman yang kena dibayar oleh majikan.

Peruntukan di bawah Akta, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berumur lapan belas tahun ke atas boleh menamakan mana-mana orang sebenar untuk menerima kreditnya yang kena dibayar kepadanya selepas kematiannya dalam borang yang ditetapkan.

Jika ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja memberi notis pengeluaran atas alasan membeli rumah atau membina rumah kampung di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 54(3) (b) Akta itu, pembelian itu untuk rumah kos rendah.Tetapi pengeluaran hendaklah tidak melebihi empat puluh lima peratus dari amoun yang masih ada dalam kredit ahli itu atau amoun yang ditetapkan mengikut yang mana kurang. Baru-baru ini, cadangan agar kerajaan bersikap lebih terbuka dengan membenarkan pekerja yang dibuang mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membolehkan mereka membayar ansuran perumahan dan hutang lain yang difikirkan perlu (Berita Harian Online, Jumaat, 8 Mei 1988).

Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berperanan menjaga kebajikan pekerja dengan membuat pembayaran disebabkan kematian ahli kumpulan wang. Jika ahli Kumpulan Wang mati tanpa membuat penamaan, Lembaga membayar kredit ahli yang mati itu apabila pemohon yang mengemukan Surat Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian mengikut mana yang berkenaan dan hendaklah disertakan dengan borang tertentu yang telah disempurnakan.

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tertakluk kepada seksyen 18(2) melabur wang kepunyaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut cara yang selamat dan kurang risiko kerugian melalui :-

  1. didepositkan dalam

  1. Bank Negara Malaysia atau
  2. Bank yang dilesenkan sewajarnya di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989; atau
  3. Mana-mana institusi kewangan lain yang dilesenkan sewajarnya di bawah Akta Bank

  1. Dilaburkan dalam saham mana-mana syarikat awam yang tersenarai dalam bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia dan pembelian saham baru, terbitan atau jualan yang baginya telah diluluskan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983.
  2. Dilaburkan dalam bon-bon atau pembelian kertas-kertas gadai-niaga dan bil-bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil-bil Pertukaran 1949.
  3. Memberi pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan, Negeri atau ahli Kumpulan Wang tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga.
  4. Dalam seksyen 26, Lembaga juga diberi kuasa melabur dalam syarikat yang diluluskan.

Daripada semua aktiviti pelaburan yang dilakukan oleh Lembaga, KWSP memperolehi pendapatan kasar RM 8,784.45 juta berbanding RM 8,231.59 juta pada tahun 1996. Ia juga mengumumkan dividen tahun lalu sebanyak 6.7 peratus, satu peratus lebih rendah berbanding 1996 (Berita Harian Online, Khamis, 5 Mac 1988).

Kadar caruman mengikut Akta 452 (43) (1) pekerja perlu membayar sepuluh peratus (10%) dari upah bulanannya manakala majikan perlu memberi caruman sebanyak dua belas peratus (12%). Oleh yang demikian, setiap pekerja akan memperolehi sebanyak 22% dari upah bulanan untuk dijadikan simpanan wang untuk hari tua.

Akta Kesatuan Sekerja ( AKTA 262 - 1959 )

Penubuhan syarikat-syarikat di Malaysia bukan sahaja perlu mengambilkira organisasi syarikat, untung dan rugi dalam perjalanan syarikat dan soal keselamatan sahaja. Setiap syarikat mempunyai polisi mereka tersendiri. Polisi yang digubal oleh pihak majikan, yang mana antara jelas atau tidak perlembagaan yang dibentuk di bawah satu syarikat lebih berat kepada pihak majika itu tersendiri. Bermulanya operasi syarikat itu bermakna merupakan titik permulaan kepada satu organisasi yang kompleks. Ini dapat dijelaskan apabila suara dari para pekerja tidak sampai ke pihak majikan jika mereka ingi menyampaikan sebarang ketidakpuasan hati mereka . Sebarang kepincangan dan salah laku oleh pihak majikan menjadi isu utama dikalangan para pekerja. Atas dasar itu satu akta khusus membela kepentingan para pekerja telah digubal pada tahun 1959 telah digubal dan dipakai terima di parlimen sehingga kehari ini. Akta yang dimaksudkan itu ialah Akta Kesatuan Sekerja. Di bawah akta ini bermakna dikalangan para pekerja di sesebuah syarikat itu wujudnya satu organisasi kecil bagi mewakili suara mereka . Ia juga sebagai satu saluran antara mereka dan pihak majikan bagi membincangkan isu-isu yang ditimbulkan oleh para pekerja untuk dibawa ke pihak majikan dan mencari jalan penyelesaian. Ini kerana banyaknya berlaku tunjuk perasaan dikalangan para pekerja adalah berpunca dari tiadanya Kesatuan Sekerja yang bertindak sebagai satu ‘suara’ bagi mereka.

Akta ini antara lain menyatakan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh sebuah Kesatuan Sekerja di syarikat tersebut. Juga dinyatakan di sini ialah akibat dari melanggar akta. Terdapat 13 bahagian dalam Akta Kesatuan Sekerja ini yang menggariskan perundangan yang perlu diterima lantaran dari tertubuhnya sebuah Kesatuan Sekerja di syarikat. Dua bahagian pertama dari akta ini menjelaskan kepada matlamat akta ini dibentuk dan tujuannya. Akta ini juga menyatakan prosedur bagi penubuhan Kesatuan Sekerja di syarikat, keperluannya Kesatuan Sekerja. Permohonan perlu di buat pada pihak berkenaan dan jika diterima sijil pengesahan akan dikeluarkan dan Kesatuan Sekerja boleh bertindak berdasarkan akta yang telah digubal. Implikasi atas kegagalan sesebuah Kesatuan Sekerja untuk mendaftarkan kesatuan yang ditubuh juga dijelaskan di sini.

Antara lain bahagian di bawah akta ini menjelaskan hak dan tanggungjawab yang dipikul oleh Kesatuan Sekerja. Kesatuan Sekerja yang telah didaftarkan dan diberi kelulusan untuk bergerak akan layak untuk menikmati ganjaran dan kekebalan. Kesatuan Sekerja di bawah nama persatuan berdaftar juga boleh menyaman pihak majikan atau sebaliknya jika berlakunya kepincangan semasa menjalankan tanggungjawab yang telah ditetapkan. Bukan semua orang boleh menganggotai atau mendapatkan keahlian sebagai ahli Kesatuan Sekerja. Mereka sendiri mestilah sebagai pekerja di syarikat itu dan bukan seorang pelajar di mana-mana institusi pendidikan. Kesatuan Sekerja juga layak untuk mengambil pekerja bagi Kesatuan Sekerja mereka seperti yang telah digariskan (setiausaha dan bendahari). Namun begitu mereka mesti bukan seorang yang memegang jawatan yang sama di mana-mana kesatuan yang lain. Sebarang keluar masuk ahli kesatuan perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa. Begitu juga sebarang perpecahan yang berlaku di bawah Kesatuan Sekerja perlu diberikan notis makluman dalam masa 14 hari yang ditandatangani oleh 7 orang ahli dan setiausaha Kesatuan Sekerja dan dihantar kepada Pengarah . Kesatuan Sekerja perlu juga di sini untuk melantik sekurang-kurangnya 3 orang sebagai pemegang amanah Kesatuan Sekerja mereka. Mereka yang dilantik perlulah seorang yang dipercayai. Pemegang Amanah ini akan bertanggungjawab terhadap harta benda yang dikumpulkan oleh Kesatuan Sekerja.

Seperkara lagi yang mungkin tidak ramai faham ialah ahli Kesatuan Sekerja dilarang sama sekali menjalankan tunjuk perasaan atau demonstrasi bagi menentang majikan mereka. Ini turut digariskan disini dibawah tajuk kesalahan dan hukuman. Sebarang pelanggaran akta ini akan membawa kepada kemungkinan dilucutkan keahlian dari Kesatuan Sekerja atau Kesatuan Sekerja itu sendiri akan menghadapi situasi dibubarkan.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah sebarang tindakan yang dibuat di luar dari atas nama Kesatuan Sekerja yang berdaftar tidak akan diterima dan dipertimbangkan oleh pihak majikan. Prosedurnya ada dinyatakan untuk menegakkan hak para pekerja dan ini bermakna sebarang suara di luar prosedur tidak akan dipertimbangkan untuk dibawa ke pengetahuan pihak majikan.

 

Rujukan

Akta Kesatuan Sekerja (Akta 262- 1959), Peraturan -1959.International Law Book Services 1995.

Berita Harian Online, Khamis, 5hb Mac 1998. Dividen KWSP 6.7 peratus

Berita Harian Online, Khamis, 23hb April 1998. Jumlah caruman KWSP RM 130.5 billion

Berita Harian Online, Jumaat, 8hb Mei 1998. Benaekan pekerja dibuang keluarkan wang KWSP

Berita Harian Online, Jumaat, 24hb Julai 1998. Pekerja asing carum 11 peratus, majikan RM 5

Bernama (1997, September 2). Industri engkar nahas di tempat kerja meningkat. Sumber Internet: Utusan Malaysia.

Economic Report 1996/97. Provident Funds. Sumber Internet: The Star Publication.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan. (1967). Factories and Machinery Act 1967

Lembaga Penyelididkan Undang-undang. (1993). Akta Perhubungan Perindustrian, 1967 (Akta 177). Kuala Lumpur: International Law Book Services.

 

Lembaga Penyelididkan Undang-undang. (1993). Employees' Social Security Act, 1969. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

M. Krishnamoorthy. (1998, Januari 13). Our Industrial Relations Gets Top Marks.
Sumber Internet: Star Online.

Noor Hasani Hashim. (1998, Jun 1). Bahaya Kimia Industri. Sumber Internet: Utusan Malaysia Online.

Utusan Malaysia,Isnin, 2hb September 1997.Industri engkar nahas di tempat kerja meningkat