KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL (MTP 3012)

 

ADAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMBANGUNAN DAN BAGAIMANAKAH HENDAK MENGWUJUDKAN PEMBANGUNAN YANG ADIL DAN BERKEKALAN.

 

Pendahuluan

Menurut para sarjana sains sosial dan kamanusiaan, pembangunan adalah sebahagian daripada proses perubahan sosial yang lebih menyeluruh sifatnya. Pembangunan itu pula dibahagikan oleh mereka kepada dua kategori besar. Pertama, pembangunan yang dirancangkan, dan kedua pembangunan yang tidak dirancangkan. Ternyata hampir keseluruhan tumpuan dunia selama ini adalah terhadap pembangunan yang dirancang.

Pembangunan berbentuk ini melibatkan usaha sedar manusia merancang perubahan dalam hidup mereka. Tindakan ini sering diungkapkan sebagai social engineering yang pula melibatkan banyak pihak untuk menjayakannya:perecana, pelaksana, penerima dan terpenting sekali pembiaya. Dalam konteks sebuah masyarakat, tindakan merancang pembangunan menjadi tanggungjawab semua lapisan rakyat, masing - masing dengan bentuk sumbangan yang tertentu. Ahli politik, anggota profesional, para akademik, saudagar dan pemodal, pakar teknologi, kaum tani, kelas pekerja dan berbagai-bagai golongan lain termasuk rakyat terbanyak, semuanya sama-sama terlibat memupuk proses pembangunan berbentuk ini.

Alat utama dalam pembangunan yang dirancangkan ini adalah sebuah institutsi yang dikenal sebagai "perancang pembangunan" atau development planning. Institutsi ini pula bertunjangkan satu elemen penting yang disebut "Rencana Pembangunan" atau development plan 1. Rencana pembangunan ini dirakamkan secara bertulis dalam sebuah buku, yakni buku rencana pembangunan.

1 Dipetik dari buku Masyarakat Malaysia yang membangun pengarang Shamsul Amri Baharuddin.

Takrifan konsep pembangunan

Konsep pembangunan masih kurang jelas dan sering digunakan dalam penulisan sekarang ini, namun di pandang sebagai kebolehan pembuat keputusan untuk membentuk dan membentuk semula keseluruhan alam sekitar ( politik , sosial , ekonomi, pentadbiran , pendidikan dan lain-lain) menerusi mobilisasi sumber-sumber kebangsaan dan di pimpin oleh ideologi yang sangat mereka percayai. walaupun pembangunan mempunyai makna yang berbeza-beza kepada orang yang berlainan, namun satu makna yang diterima umum ialah perubahan. Walaupun bagaimana, menurut perspektif islam, bukanlah untuk di ambil mudah sahaja, sekurang-kurangnya bukan salam semua lapangan pembangunan seperti hukum alam semesta,fizikal dan moral yang tidak berubah sehingga bila-bila umat islam percaya bahawa sesuatu dalam sistem kehidupan secara keseluruhan yang tidak berubah, dan tidak pula tertakluk kepada pemodenan. Selain itu, perkara-perkara lain yangd iharapkan untuk berubah dan pembangunan serta pemodenan mereka sangat diharapkan berubah. Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk memahami apa sahaja yang merupakan subjek perubahan dan apa yang tidak, menurut perspektif Islam. Perbezaan ini merupakan bahagian yang penting antara model Islam dan bukan Islam serta pembangunan yang adil serta saksama.

Pembangunan dalam konteks Islam bermaksud keupayaan untuk mewujudkan ciri-ciri keislaman dalam diri individu, keluarga, sosial dan kehidupan umat dan juga pengurusan sesebuah negara. Semakin dekat sesebuah negara itu dengan islam semkain majulah negara tersebut dan begitulah yang berlaku sebaliknya.

Pembangunan mengikut persepektif Islam bermaksud pengucapan dinamisme budaya yang dinyatakan oleh keinginan umat islam untuk berada dalam keadaan Islam.2

Pembangunan kadangkala digunakan dalam pengertian yang sempit hanya sebagai industralisasi atau pemodenan. Bagaimanapun dalam makna yang luas, ia bermaksud meninggikan tingkat kemuliaan manusia dalam sesebuah masyarakat tertentu ataupun seperti yang oleh Goulet ( 1971 :10 ). Pembangunan adalah keupayaan untuk mempertingkatkan keluhuran semua masyarakat dan manusia secara mutlak. Sebahagian pekerja berpendapat sebagai proses pemodenan sosial yang mudah dipengaruhi oleh reka bentuk manusia dan faktor-faktor lain.3 Sebagai proses sejarah evolusi yang boleh dipengaruhi secara marginal melalui usaha yang berfeadah. Richard Gable ( 1976: 68 ) mentakrifkannya sebagai satu proses perubahan sosial yang berstruktur asas dan transformasi fungsinya dibuat dalam sistem sosial supaya kebebasan manusia bertindak dapat dipertingkatkan.

Pembangunan mungkin dikatakan sebagai satu daripada unsur yang dikenali sebagai kemodenan, sintesis di antara idea pembangunan dan tradisi dalam persektif sejarahnya.

Para pengikut Marxist 4 berpendapat bahawa pembangunan adalah suatu perkara yang entang iaitu gerakan menuju ke arah masyarakat tanpa kelas, iaitu masyarakat tanpa keadaan yang berbahagi-bahagi berdasarkan ungkapan yang terkenal daripada setiap individu mengikut keupayaan kepada individu.

2 Sardar, 1977 : 173, 4

3 Milton Esman , 1976 : 59 , 112

4 Karl Marx, Capital ( Chicago: Charles H. Kerr and Co., 1926 ) jil 1, m.s. 823.

Disamping itu sedang golongan bukan Marxist membuat pendekatan ke arah pembangunan, beberapa cendekiawan secara umumnya menyamakan kerumitan ( yang menekankan kemunculan struktur kelas yang lebih kompleks daripada yang wujud dalam marxisme) dan yang lain-lain pula berpendapat bahawa sebagai merenggangkan jurang di antara bidang sosial budaya, ekonomi, psikologi dan politik yang gagal mengutamakan kesinambungan ( Shils, 1965 )5.

Keseluruhan matlamat pemabngunan dalam dunia Islam adalah untuk memimpin rakyat bukan Isalam kepada agama Islam. Ini adalah kerana masa depan masyarakat Islam terletak kepada agama Islam, tanpa Islam mereka tidak mempunyai masa depan ( Sardar, 1977 ). Oleh itu yang demikian , seseorang itu dapat menyatakan dengan selamat bahawa sama ada memandang ke Barat atau ke Timur untuk pembangunan.

_Hunting ( 1971 ) selanjutnya meningatkan bahawa yang pwmodenan mempunyai kesan negatif terhadap pembangunan yang meyebabkan keruntuhan politik. Sesungguhnya terdapat kebimbangan terhadap cogan kata " Pembangunan Tanpa Pemodenan", yang sering dilaungkan di kalangan pemimpinan dan golongan elit di negara - negara Dunia ketiga. Adalah dirasakan perlu merancang strategi pembangunan dan modenisasi sesebuah masyarakat, keperluan kepada pemahaman yang jelas dan nyata tentang unsur asa yang penting dalam proses pembangunan , iaitu manusia sendiri. Dengan itu , pandangan Islam tentang tabii manusia, iaitu fungsi utama manusia, tanggungjawab dan kebertanggungjawab, sifat politik serta kelakuan sosial adalah yang cuba tawarkan rangka untuk menggambarkan manusia dalam masyarakat Islam.

Robert E. Baldwin, Economic Development And Growth (John Wiley & Sons, Inc., 1976 ) m. s. 36.

Oleh sebab faktor-faktor tersebut berbeza daripada yang terdapat di negara Islam dengan yang di Barat dan di Timur, maka strategi untuk pembangunan dan modenisasi juga berbeza-beza. Adalah diharapkan bahawa mereka dari bidang yang berkaitan dengan pembangunan , baik ahli sains sosial mahupun mereka yang berkaitan, akan lebih sensitif dan bersimpati kepada keperluan sebenar serta aspirasi masyarakat Islam , walaupun mereka tidak bertentangan dengan pemerintah dan kerajaan.

Ukuran pembangunan

Terdapat dua cara untuk mengukur pembangunan iaitu: pembangunan Kuantitatif dan pembangunan Kualitatif.

Pembangunan Kuantitatif

Contohnya: Pendapatan negara , daya pengeluaran negara, purata pendapatan pertambahan penduduk dan bilangan isi rumah.

Pembangunan Kualitatif

Pembangunan ini sukar diukur kerana ia lebih bersifat abstrak dan evaluatif. Salah satu cara untuk mengukurnya ialah berdasarkan kepada matlamat-matlamat tersebut telah tercapai dalam keadaan sebenarnya.

Terdapat beberapa masalah untuk mengukur atau menilai pembangunan ini. Di antaranya ialah :

Masalah konsep pembangunan yang kurang jelas. i.e tiada satu definisai umum.

Masalah mengguna pendapatan Negara sebagai petunjuk kerana ianya tidak tepat dan tidak mewakili.

Terdapat kekurangan data tentang pengganguran , ketaksamaan dan kemiskinan.

Perbezaan kuantitatif dan kualitatif

Perbezaan dalam peringkat dan kandungan output per kapita antara negara-negara adalah manifestasi kemiskinan dan kekayaan. Bagaimanapun, untuk memahami sebab-sebab asas perbezaan ini adalah perlu untuk mengkaji ciri kuantitatif dan kualitatif faktor-faktor pengeluaran asas dalam negara maju dan negara sedang membangun.6

Perbezaan di antara pertumbuhan dan pembangunan

Pertumbuhan

Pentambahan di dalam pendapatan sebenar negara. Pertumbuhan akan diukur dengan melihat kadar per kapita Keluaran Negara Kasar ( KNK ), pendapatan purata, pengagihan pendapatan juga pertambahan dan bilangan rumah, sekolah,dan kereta.

Ianya melibatkan sesuatu yang boleh diukur / dikira dari segi kuantiti. Ianya bukan satu petunjuk kerana sesuai bagi pembangunan kerana belum pasti dapat menyelesaikan masalah-masalah sosial dan politik.

Pembangunan

Bukan sahaja bermaksud pertambahan dari segi ekonomi i.e pendapatan KDNK dan sebagainya, tetapi ia mesti diiringi juga oleh perubahan sikap sosial dan adat yang selama ini menghalang kemajuan ekonomi. Pertumbuhan boleh tercapai tanpa adanya pembangunan sedangkan pembangunan tidak boleh tercapai tanpa adanya pertumbuhan.

6 Istilah negara 'sedang membangun' ini akan digunakan bertukar ganti dengan istilah negara 'kurang maju',dan negara miskin. Negara maju akan dirujukkan juga sebagai negara 'kaya'.

Pertumbuhan ekonomi merupakan satu syarat yang perlu untuk mencapai pembangunan. Pembangunan belum pasti berlaku sekiranya pertumbuhan tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah pembangunan seperti pengagihan yang tidak seimbang, kebebasan sari penindasan, eksploitasi ataupun penyertaan yang sama rata di dalam aspek ekonomi dan politik.

Prospek pembangunan

Prestasi negara-negara sedang membangun baru-baru ini secara keseluruhannya adalah menyakinkan. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa dalam masa 6 tahun diantara tahun 1957 - 1958 hingga ke tahun 1963 - 1964, keluaran negara kasar telah bertambah pada kadar 4.7 % setahun di negara ini. Ini adalah di bawah kadar matlamat 5% yang ditetapkan oleh negara sedang membangun menjelang akhir abad ini mengikut satu resdusi Bangsa-Bangsa Bersatu, dan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan di negara maju.7 Walau bagaimanapun penyusunan mengikut aturan berdasarkan kadar pertumbuhan per kapita dalam tahun. Tahun di atas adalah sebaliknya, di sebabkan oleh kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 2.4 % setahun di negara maju. Ini bermakna pendapatan per kapita naik sebanyak 3.1 % setahun di negara maju dan 2.3 % di negara sedang membangun. Dalam perkataan lain, jurang pendapatan per kapita telah menjadi semakin luas dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Jurang yang kian meluas inilah yang menimbulkan kekhuatiran tentang prospek pembangunan.

7 Amir Hussin Baharuddin , Pembangunan dan Pertumbuhan Ekonomi ( Dewan Bahasa Pustaka ) m. s 137

Penghapusan kemiskinan dalam erti kata yang mutlak merupakan satu matlamat sosial yangbesar dan mulia, tetapi ianya tidak mencukupi pada masa ini. Terdapat tekanan politik dan sosial yang kian meningkat untuk menjadikan usaha mengecilkan jurang tersebut sebagai matlamat pembangunan ekonomi. Dunia di mana orang kaya menjadi lebih cepat kaya daripada orang miskin tidak mungkin mejadi stabil dan aman dari segi politik. Walau bagaimanapun, mengurangkan jurang pendapatan bukanlah satu perkara yang mudah. Jumlah kadar pertumbuhan mungkin meningkat di negara-negara ini tetapi kadar pertumbuhan penduduk yang lebih cepat juga mungkin berlaku. Sementara itu, setelah negara maju memperolehi pengalaman yang lebih banyak dalam mengahadapi masalah pengangguran, kadar pertumbuhan per kapita mungkin melebihi kadar yang lepas-lepas di nagara ini. ( Rujuk Lampiran 1 - Ciri - Ciri Negara Maju dan Miskin ).

Oleh yang demikian , jelaslah bahawa jika jurang pendapatan per kapita hendaklah di kecilkan di masa-masa akan datang kedua-dua bantuan diri sendiri dan kerjasama antarabangsa perlu dipertingkatkan jauh lebih tinggi daripada yang terdapat di tahun-tahun yang lepas.

 

 

 

 

 

 

 

Pembangunan Dari Perspektif Barat

Perkembangan terakhir memperlihatkan kepada kita betapa dunia mengalami perubahan dari sudut perkembangan aspek hidup yang merangkumi sosial, kebudayaan, ekonomi mahupun politik. Pembangunan yang dialami itu dilalui sekalipun terpaksa mengadaikan nilai-nilai agama dan kemanusiaan, namun masyarakat tetap melihat ianya sebagai satu bentuk pembangunan yang perlu disusuri serentak dengan kemodenan yang berkembang diseluruh dunia.

Apabila kita membicarakan pembangunan kita tidak dapat lari dari merujuk kepada negara-negara barat. Ini kerana secara umumnya dunia mengakui bahawa pembangunan berasal dari negara-negara maju di barat atau dengan istilah lain pembangunan adalah pembaratan. Walau bagaimanapun tidak semestinya pembaratan itu adalah pembangunan. Ini bermaksud bukan semua yang didatangkan dari barat itu dapat diterima sebagai satu bentuk pembangunan.

Penilaian kepada pembangunan itu berbeza antara satu tempat dengan yang lain sebagai contoh perbezaan antara konsep pembangunan barat dengan konsep pembangunan islam yang mana dalam konsep pembangunan islam ianya lebih berdasarkan kepada ajaran islam dengan mengambil kita nilai, moral, etika dan sebagainya berbanding barat yang mengatakan agama sebagai penghalang kepada pembangunan.

Apa yang dimaksudkan dengan pembangunan menurut kacamata atau perspektif barat itu adalah seperti yang dihuraikan dibawah ini iaitu merangkumi tiga aspek yang penting ;

Lebih menekankan kepada sekular nasional iaitu pembanguan yang bergantung kepada falsafah dan teori semata-mata. Keputusan dibuat lebih berpandukan kepada akal fikiran manusia dan bukannya kepada hukum-hukum agama. Dimana ia lebih memberi peluang yang lebih luas kepada individu-individu dari segi sosial dan ekonomi tanpa mengambil kira akibat daripada peluang tersebut. Sebagai contoh dalam bidang industri dimana pembinaan kilang-kilang arak akan meluaskan peluang-peluang pekerjaan, walau bagaimanapun kesan daripada kewujudan kilang tersebut akan memberi kesan kepada hubungan sosial negara tersebut.

Pembangunan yang dijalankan lebih menuju kearah kesejahteraan dunia sahaja bukannya hidup manusia di akhirat kelak. Pembangunan yang dibanggakan itu hanya bersifat sementara di mana generasi akan datang akan menerima kesan negetif atas segala perubahan akibat dari pembangunan itu sendiri. Kesan yang paling nyata ialah ke atas alam persekitaran di mana berlakunya keracunan dan kemusnahan alam yang disebabkan oleh kesan sampingan dari pembangunan yang tidak terkawal.

Lebih kepada pembangunan material yang bersifat utilitarion dimana ia tidak mengambil kira hukum-hukum dan faktor agama. Pembangunan lebih ditumpukan kepada memberi kesempurnaan dan keselesaan hidup rakyat bukannya kepada pembangunan peribadi dan keupayaan manusia itu sendiri.

Berdasarkan daripada ciri-ciri tersebut dapat dikatakan bahawa pada pandangan barat mereka menolak kepercayaan bahawa agama, nilai-nilai murni, etika dan moral itu sebagai unsur-unsur yang perlu diambil kira dalam menjayakan kemajuan, pembangunan dan perubahan. Nilai-nilai agama sudah tidak diambil sebagai sesuatu yang memangkinkan perkembangan tersebut malah telah dianggap sebagai satu anasir yang menghalang kelancaran perkembangan tersebut (Kamal Ashaari. 1996).

Malah idea-idea tentang kemajuan, pembangunan dan perubahan ini pada dasarnya adalah untuk melepas bebaskan diri daripada segala bentuk ikatan keagamaan dan ketuhanan yang merupakan ciri paling pokok bagi falsafah sekularisme yang membina keseluruhan tamadun barat moden hari ini (Utusan Malaysia, 17/6/97).

Ini kerana metos atau kepercayaan tamadun barat itu sendiri sejak kewujudannya pada awal lagi telah mempunyai sikap anti agama (penolakkan terhadap tuhan) sebagai contoh dizaman awal kristian, tamadun barat percaya bahawa mereka telah menyalib anak tuhan. Waber pula menggangap agama sebagai candu.

Manakala Conte pula yang dikenali sebagai bapa sociologi dan positivisme menyebut bagaimana tamadun barat berubah dari era agama yang penuh dengan spekulasi menuju ke era positivisme berasaskan kepada sains.

Pada anggapan barat ‘agama, nilai-ni;ai kerohanian, etika dan moral ini semacam satu antitesis kepada kemajuan, pembangunan dan perubahan.’ Ianya merupakan halangan dalam mencapai kemajuan, pembangunan dan perubahan itu sendiri. Dengan kata lain kemajuan ekonomi dan kebendaan yang dicapai itu tidak akan diiringi dengan kemantapan agama dan kerohanian iaitu dengan mengenepikan soal-soal agama maka wujudlah pembangunan yang diinginkan.

Perspektif Pembangunan Menurut Islam

Pada umumnya, pembangunan mempunyai maksud yang luas dan menyeluruh. Ia sering merujuk kepada soal-soal material serta kesembingan daengan speritual. Pada pandangan Islam, pembangunan ialah pengisian kekosongan dan pengukuhan rohani dan jasmani umat islam itu sendiri.

Konsep pembangunan islam adalah luas dan meliputi aspek moral, kebendaan dan kerohanian. Semua kegiatannya adalah untuk mempertingkatkan kebajikan umat manusia. Matlamatnya adalah untuk mencapai keselamatan dan kedamaian di dunia dan di akhirat.

Islam meletakkan dua persoalan utama untuk menyelesaikan madsalah pembangunan iaitu jiwa dan pengetahuan. Islam menilai taraf pencapaian pembangunan ekonomi dari semua aspek. Oleh itu usaha dan aktiviti ekonomi dipusatkan kepada pembangunan jiwa supaya pembangunan ekonomi terletak di atas dasar-dasar moral yang dapat memperkuatkan pembangunan sosio-ekonomi, masyarakat dan negara.

Islam Dan Perlembangaan Negara

Menurut Islam, undang-undang, politik dan perlembagaan negara tidak dapat dipisahkan antara sama lain (Kemal A Faruki, 1971). Menurut sejarahnya, undang-undang dan perlembagaan Islam telah dilaksanakan dengan sepenuhnya pada zaman Nabi Muhamad s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin.

Perlembagaan Madinah (Sahifah al-Madinah) iaitu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia boleh diambil sebagai contoh perlembagaan Islam untuk diamalkan. Perlembagaan Madinah yang mengandungi 47 fasal telah menggariskan prinsip-prinsip dan hukum-hukum pentadbiran negara dan undang-undang antarabangsa.

Islam telah mengiktirafkan kewujudan puak dan bangsa di dunia ini, bukan untuk berbangga-bangga atau bermusuhan tetapi untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain (lihat al-Quran, al-Hujurat:13) Kemulian dan kehormatan seseorang atau sesuatu puak atau bangsa, menurut Islam, bukannya kerana pangkat, harta benda atau kekayaan tetapi adalah kerana keimanan dan ketakwaan kepada Allah, serta sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah cuba menghapuskan perasaan kesukuan dan kebangsaan Arab, malah sebakilnya baginda mengekalkan perasaan kesukuan dan kebangsaan Arab itu asalkan tidak terkeluar dari batas-batas yang telah ditentukan oleh Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud, "Kasihilah orang Arab kerana tiga (perkara): kerana aku seorang Arab, al-Quran ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa penghuni syurga adalah bahasa Arab". Walau bagaimanapun Islam menentang semangat "asabiyyah" iaitu semangat nasionalisme yang melampau yang diamalkan oleh negara-negara barat.

Dengan adanya puak dan bangsa maka dengan sendirinya lahir kebudayaan bagi puak dan bangsa tersebut. Dengan kata lain, kebudayaan itu semuanya ditentukan oleh budi dan jiwa. Kerana jiwa itulah yang menentukan, menjelaskan isi dan arah setiap aktiviti manusia dalam setiap aspek kehidupan. Jiwa jugalah yang membebaskan manusia dari[pada kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan. Islam adalah pengarah kepada aktiviti manusia dan dari Islamlah lahirnya kebudayaan dan tidak sebaliknya. Kebudayaan yang dilahirkan oleh Islam dinamakan kebudayaan Islam. Kebudayaan Islam adalah bertunjangkan tauhid dan akidah.

Islam Dan Sistem Ekonomi

Sekurang-kurangnya ada empat difinisi tentang ekonomi Islam dan keempat-empat ini telah dipetik oleh Hamzah Ismail dan Sobri Salamon daripada pelbagai sumber (lihat Mohd. Ahmad Saqr 1980: 26; Hamzah al-Damuhi 1979: 123; Amir Mohd. Al-Faysal Al-Su'ud 27; M. A. Mannan 1975: 3). Menurut mereka, sistem ekonomi Islam pula mempunyai empat hipotesis. Pertama, kesepaduan antara kegiatan ekonomi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Kedua, keseimbangan yang adil dalam hubungan pengeluaran, penggunaan dan pengagihan. Ketiga, kombinasi antara kebebasan individu dengan pihak penguasa. Keempat, tanggungjawab sebagai asas penentuan dasar agihan dan pemindahan sumber.

Ekonomi Islam juga mempunyai tiga prinsip pokok; Kebebasan terhad, hakmilik dan campur tangan pihak pemerintah. Perkara pokok yang perlu diingat bahawa kualiti ekonomi Islam terletak pada keseimbangan bagi merealisasikan idealisme Islam tentang order sosial yang adil dan dinamik.

Bagi melaksanakan sistem ekonomim Islam beberapa langkah perlu diambil. Pertama, pemahaman tentang akidah. Kedua, pihak pemerintah mesti memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan bahawa sistem ekonomi itu berjalan dengan adil dan seimbang mengikut lunas-lunas Islam. Ketiga, pihak pemerintah mesti berkuasa penuh dalam mencipta wang. Pada hari ini bank-bank perdagangan berpeluang mencipta wang melalui kegiatan pinjaman wang. Dalam Islam tidak ada bayaran tambahan yang perlu dibayar selain daripada jumlah yang telah dipinjam.

Pembangunan yang Adil dan Berkekalan

Pembangunan yang adil adalah pembangunan yang serentak antara pembangunan fizikal dan spiritual. Tanpa pembangunan spiritual maka pembangunan fizikal tidak akan kekal lama dan begitu jugalah tanpa pembangunan fizikal maka pembangunan spiritual tidak akan sempurna. Seperti kata Prof. Ungku Aziz " Kerajaan perlu mengimbangi pembangunan ekonomi dengan pembangunan manusia kerana kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain."8 Dengan ini sesebuah kerajaan itu mestilah membangunkan ekonomi dengan mencantumkan sekali dengan pembangunan sosial dan kekeluargaan.

Untuk menwujudkan satu pembangunan yang adil dan berkekalan, sesuatu pembangunan itu sepatutunya diterapkan dengan aspek abstrak pembangunan kepada penduduk setempat atau penduduk sesuatu kawasan. Sifat abstrak ini seperti sikap, minat, keyakinan dan kecemerlangan terutama sekali dari segi pembangunan insan dan juga kemanusiaan. Pembangunan itu juga perlu diterap dengan nilai-nilai murni yang sepatutnya menjadi teras kepada pembangunan dan semestinya sebati dengan rakyat di tempat yang dibangunkan itu.

Nilai-nilai agama juga mestilah disemai di hati semua masyarakat, ini adalah penting kerana jika ada pegangan agama maka tidak akan berlaku penyelewengan atau sesuatu gejala yang tidak baik dan akan merosakkan pembangunan yang sedia ada. Kiranya nilai agama yang diterapkan ini dapat dihayati maka pembangunan yang adil dapat diwujudkan dan juga akan dapat dikekalkan.

Pembangunan ekonomi sebenarnya tidak terasing dengan pembangunan sosial kerana pembangunan ekonomi pada dasarnya adalah dilihat sebagai pembangunan manusia yang mencakupi pembangunan sosial dan keluarga. Dengan ini kerajaan sesuatu tempat itu tidak perlu melupakan pembangunan sosial dan keluarga malahan ia sepatutnya diberi lebih penekanan lagi keatas kedua pembangunan ini.

Kerajaan perlu mencari pendekatan yang baik walaupun menggunakan modal yang banyak untuk menghapuskan gejala sosial yang boleh mengancam pembangunan sesebuah negara. Kerajaan dan juga ibu bapa perlu bergandingan untuk memberikan kesedaran akhlak kepada generasi muda supaya mereka mempunyai akhlak yang mulia dan berhemah tinggi, ini akan menghindarkan mereka dari terjebak dalam sebarang gejala sosial yang tidak baik.

Pembangunan sesebuah negara itu seharusnyalah diasaskan daripada sumber dan potensinya sendiri. Ianya tidak perlu bergantun sepenuhnya kepada unsur-unsur pembangunan yang berpunca dari luar. Ini adalah untuk menjamin pembangunan di sesuatu negara itu akan terus kekal walaupun ia tidak mendapat bantuan dari luar. Pembangunan juga tidak akan terjejas walaupun ada anasir luar yang cuba untuk menjatuhkannya kerana pembangunannya tidak bergantung sepenuhnya kepada unsur-unsur pembangunan yang berpunca dari luar.

Menurut konsep pembangunan insani Islam, pembangunan yang adil itu tentu bermaksud pembangunan yang bersifat pertengahan, kerana umat islam, menurut al-Quran, adalah ummatun wasatan, yakni, umat pertengahan. Umat pertengahan tentunya umat yang mengamalkan cara hidup dan kepercayaan yang tidak "ekstrem". Prinsip ini sesuai dengan perjalanan sistem alam ciptaan tuhan ini: sistem yang adil. Jadi, umat pertengahan juga bererti umat yang dapat berharmoni dengan alam sekitarnya, umat yang tahu menggunakan sumber alam secara bijaksana dan dengan hati yang sentiasa bersyukur untuk meperbaiki keadaan hidupnya, dan tidak menganggap alam sekitarnya sebagai sumber yang mesti dikikis secara rakus untuk memenuhi nafsu materialistiknya tanpa had.

Umat pertengahan juga bererti umat yang sederhana dalam kehidupan materialistiknya. Dalam negara atau masyarakat umat pertengahan tentu tidak akan wujud keadaan pembangunan atau kemajuan yang memperlihatkan keadaan tidak adil yang ekstrem antara kemewahan materialistik dengan kemiskinan akhlak dan rohaniah, atau antara kumpulan manusia yang terlalu mewah yang biasanya kecil bilangannya dengan rakyat terbanyak yang daif, amat miskin.

Cabaran-Cabaran Dalam Mengwujudkan Pembangunan Yang Adil dan Berkekalan.

Di dalam usaha mengwujudkan pembangunan yang adil dan berkekalan, negara yang sedang membangun seperti Malaysia menghadapi pelbagai masalah. Ini dapat di lihat dari aspek sejarah, ekonomi, politik dan sosial.

Dari perspektif sejarah, negara sedang membangun telah diperkenalkan dengan sistem ekonomi kapitalis barat oleh pihak penjajah. Menurut Andre Gender Frank, sistem kapitalis barat ini adalah merupakan faktor penting yang menghalang proses pembangunan di negara yang sedang membangun. Walaupun negara sedang membangun mempunyai modal atau reformasi namun tahap pencapaian ekonomi mereka masih mundur. Ini disebabkan negara sedang membangun masih lagi bergantung kepada negara kolonial dalama usaha untuk membangunkan negara khususnya di dalam sektor perladangan dan perladangan. Sistem kapitalis barat yang masih lagi diamalkan di negara yang sedang membangun boleh menyebabkan pengagihan pendapatan negara secara tak sama rata. Ini menyebabkan golongan yang kaya akan bertambah kaya manakala golongan yang miskin akan bertambah miskin.

Dari aspek ekonomi pula, negara sedang membangun akan mengeksport bahan mentah ke negara kolonial dan akan menerima barang siap yang dieksport oleh negara kolonial. Dengan cara ini secara tidak langsung telah membebankan negara sedang membangun. Negara sedang membangun akan keuntungan yang sedikit daripada hasil bahan mentah yang dieksport. Ini adalah kerana negara kolonial akan mengimport bahan mentah daripada negara sedang membangun dengan harga yang rendah dan mereka akan mengeksport kepada negara sedang membangun dengan harga yang mahal. Dengan ini pendapatan hasil daripada bahan mentah yang dieksport adalah rendah.

Kebanyakan sektor yang dimajukan oleh pihak penjajah mempunyai kepentingan yang tersendiri. Di Malaysia, sektor perlombongan dan perladangan merupakan sektor yang telah dimajukan oleh pihak penjajah. Pembangunan di sektor-sektor ini telah menyebabkan masyarakat pribumi telah menjadi masyarakat kelas kedua di tanahair mereka. Secara umumnya, negara sedang membangun masih belum dapat mengasaskan pembangunan ekonomi sendiri.

Modal merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh negara-negara sedang membangun. Untuk menjalankan proses pembangunan, negara-negara sedang membangun terpaksa bergantung kepada institusi kewangan luar seperti Bank Dunia, IMF, Asia Development Bank dan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Britain. Tanpa bergantung kepada pinjaman luar, kemampuan kerajaan untuk melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan hampir tidak wujud kerana hasil kerajaan hanya cukup untuk menampung pembelanjaan pengurusan. Pembangunan negara hampir keseluruhannya dibiayai oleh pinjaman luar. Pergantungan pinjaman daripada pihak luar kadangkala membebankan negara kerana pihak luar bukan sahaja mengenakan kadar feadah yang tinggi bahkan syarat-syarat yang dikenakan lebih menguntungkan kepada pihak negara yang memberi hutang iaitu negara maju. Contohnya, di dalam melaksanakan Projek Empangan Pergau, Malaysia telah meminjam kewangan dari pihak Britain. Kerajaan Britain telah mengenakan syarat supaya Syarikat Palfor dari Britain yang mengendalikan pembinaan empangan tersebut. Cara ini akan menguntungkan pihak Britain tetapi telah membebankan pihak Malaysia yang terpaksa membayar balik pinjaman dengan kadar feadah yang tinggi.

Selain daripada cabaran-cabaran yang telah dibincangkan di atas terdapat juga cabaran-cabaran lain yang akan dihadapi negara Malaysia di dalam mewujudkan pembangunan yang adil dan berkekalan dari aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan.9

Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah negara yang tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Cabaran yang ketiga ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

Cabaran yang keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

Cabaran yang kelima adalah untuk mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Cabaran yang keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadum saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran yang ketujuh ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Cabaran yang kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih akan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Cabaran yang kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Kesimpulan

Bagi mewujudkan pembangunan yang adil dan berkekalan, masyarakat sesebuah negara yang sedang membangun haruslah benar-benar percaya bahawa pembangunan yang berimbang akan melahirkan umat wasatan, manusia pertengahan, manusia sederhana, manusia yang mencintai alam ciptaan Tuhan, manusia yang tidak melakukan kerosakan sosial, budaya dan akhlak kerana rakus dan tamak materialistik, maka seluruh sistem pembangunan yang kita import dari dunia lain itu hendaklah dirombak seluruhnya, digantikan dengan satu acuan baru, acuan pelbagai dimensi, acuan sintesis daripada ciri-ciri yang baik dari segala sistem dan ideologi yang ada berlandaskan pembangunan yang mengikut perspektif Islam.

Rujukan

Jomo, K.S., (1988). Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur

Mahayudin Haji Yahaya ( 1986), Islam dan Pembangunan Negara.: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi

Mohd. Taib Hj. Dora ( 1993), Agihan Pembangunan: Teori dan Perlaksanaan, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Persatuan Sains Sosial Malaysia, (1987). Pembangunan di Malaysia Persatuan Sains Sosial Malaysia: Kuala Lumpur.

Rahimah Abdul Aziz, ( 1989). Pengantar Sosiologi Pembangunan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur .

S. Husin Ali, (1976). Apa Erti Pembangunan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur .

Sulong Mohammad & Rahimah Abd. Aziz (ed.), (1985). Perbandaran dan Pembangunan Negara. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi

Shamsul Amri Baharuddin , (1990). Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur .

8 Prof. Ungku Aziz, Massa 30 Disember 1995.

9 Datuk Seri Dr. Mahathie Mohamad ketika membentengkan kertas kerja bertajuk Malaysia , Langkah ke hadapan di Majlis Perdagangan Malaysia.