Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

Koleksi Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan (MTT2353)



IPTS



1.0    PENDAHULUAN

		Malaysia adalah sebuah negara yang amat menitikberatkan pendidikan kepada rakyatnya bermula dari pendidikan prasekolah, sekolah rendah dan menengah dan pendidikan tinggi.  Ini kerana kerajaan menyedari bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam pembinaan sesuatu bangsa dan negara.  Wawasan 2020 juga telah mengungkapkan sebuah visi tentang upaya Malaysia untuk menjadi sebuah negara, bangsa dan masyarakat industri yang maju.

2.0    DEFINISI

3.0    RASIONAL PEMILIHAN TAJUK

		Dewasa ini kita menyaksikan penubuhan IPTS yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di negara kita.  Perkembangan ini bertambah selepas kelulusan akta IPTS 1996 yang melonggarkan penubuhan IPTS serta universiti asing di sini.  Sekarang ini Kementerian Pendidikan ( KP ) telah membenarkan pembukaan 524 buah IPTS di seluruh negara.  Kebanyakan daripada IPTS ini menawarkan kursus tersendiri seperti perakaunan, pemasaran, teknologi maklumat dan sebagainya.  Sesetengahnya pula menjalankan program berkembar dengan IPT dalam dan luar negara.  baru-baru ini kerajaan telah meluluskan 10 buah IPTS melaksanakan program berkembar sepenuhnya di dalam negara menggunakan sistem 3 + 1.  Ini bermakna, pelajar yang mengikuti program ini tidak lagi perlu ke luar negara untuk menamatkan pelajaran mereka seperti sistem yang diamalkan sebelum ini.  Sebelum ini sistem yang diamalkan ialah sistem 2 + 1 dan 1 + 3.  Sistem-sistem ini memerlukan pelajar belajar di dalam negara selama dua tahun dan satu tahun di dalam negara.  Sistem 1 + 3 pula bermakna pelajar belajar di dalam negara selama satu tahun dan dua tahun di luar negara.  Ada juga IPTS yang menjalankan program franchais dengan IPT tempatan.  Setakat ini KP telah meluluskan 5 buah IPTA untuk memfranchaiskan program matrikulasinya di IPTS.
Najib Tun Razak berpendapat franchais program ini dijalankan bukan untuk mengkomersilkan sistem pendidikan negara tetapi untuk menyediakan tempat serta kemudahan yang lebih ( UM, 2/6/98 ) 
		Kita juga melihat walaupun peruntukan kepada kementerian telah dikurangkan termasuk belanja pembangunan dan pengurusan tetapi tempat untuk matrikulasi bagi lepasan SPM san SPVM telah bertambah sebanyak 24%.
KEBAIKAN

¨ Membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk ke IPT
	Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 1997 menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang adalah terlalu ramai.  Ini menyebabkan pertambahan dalam bilangan pelajar yang layak ke IPT berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.  jadi, tempat di IPT adalah tidak mencukupi.  Ini ditambah pula dengan keputusan kerajaan untuk tidak lagi menghantar pelajar-pelajar ke luar negara yang biasanya diselenggarakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akibat dari krisis ekonomi yang melanda negara.  Oleh itu permintaan untuk ke IPT bertambah berbanding dengan sebelum ini.  Jika IPTA tidak memfrancaiskan program-program mereka, tentunya IPTA tidak mampu untuk menampung permintaan yang tinggi ini. 
			Keputusan SPM baru-baru ini menunjukkan jumlah pelajar lepasan SPM yang mendapat pangkat satu ialah seramai                         sementara dalam SPVM pula seramai                           STPM pula menunjukkan bilangan pelajar yang mendapat kelulusan penuh ialah
			Pusat Asasi Sains UM hanya boleh menampung pelajar seramai 900 orang sahaja untuk satu semester sebab itulah ia terpaksa menghantar 1900 orang lagi ke IPTS.

¨    Dapat melahirkan ramai graduan profesional
	Matrikulasi merupakan program yang menjamin pelajar-pelajar memasuki universiti.  Ini bermakna, apabila pelajar-pelajar yang memasuki matrikulasi adalah ramai, maka pelajar yang akan memasuki IPT juga akan ramai.  Ini akan dapat melahirkan graduan profesional untuk memenuhi keperluan negara.  Negara amat memerlukan pakar-pakar dalam berbagai bidang.  Wawasan 2020 telah menggariskan visi Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti.  Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan ini diharapkan dapat membantu Malaysia mencapai matlamatnya.
			Sebagai contoh, Pusat Teknologi dan Pengurusan lanjutan yang mengadakan franchais program bagi USM dan UPM mampu menampung.  USM memberikan kurikulum, peperiksaan, pemantauan mutu serta pemilihan calon sementara PTPL menyediakan tenaga pengajar dan kemudahan pembelajaran.

·    Persaingan dalam pelajaran
			Apabila IPTA menetapkan hanya pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang sahaja yang akan ditempatkan di kampus induk, maka pelajar-pelajar akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang daripada orang lain.  Ini mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar di mana mereka masing-masing akan berlumba untuk mendapat keputusan yang paling baik dalam peperiksaan.  Ini akan menghasilkan pelajar yang berkualiti akademiknya.  
			Pihak pentadbiran Universiti Malaya telah menetapkan hanya pelajar-pelajar yang mendapat 12 agregat dan ke bawah sahaja yang akan mengikuti program Asasi Sains di kampus induk.  Yang lain-lainnya ditempatkan di IPTS memandangkan penempatan adalah terhad di kampus induk.  Fenomena ini akan menyebabkan pelajar bersaing untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik daripada orang lain.  Ini juga boleh dianggap sebagai satu pendorong kepada pelajar untuk belajar dan berusaha lebih tekun lagi.

KEBURUKAN

· Yuran pengajian yang tinggi
		Yuran pengajian yang dikenakan kepada pelajar-pelajar matrikulasi oleh IPTS adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan yuran di kampus induk.  Sebagai contoh, yuran untuk pelajar yang mengikuti kursus matrikulasi di kampus induk Universiti Putra Malaysia adalah sekitar RM1,500 untuk satu semester.  Tetapi bagi pelajar yang mengikuti kursus tersebut di IPTS, yurannya berjumlah lebih daripada RM4,000 satu semester ( Utusan Malaysia, 1998 ).
		Jumlah ini menunjukkan hanya golongan berada sahaja yang mampu memasuki IPTS ini.

· Dualisme dalam sistem pendidikan
		Pelaksanaan sistem franchais ini menyebabkan berlakunya dualisme dalam sistem pendidikan negara di mana yuran yang tinggi menyebabkan hanya golongan yang kaya sahaja yang dapat memasukinya.  Bagi golongan miskin, mereka terpaksa melupakan hasrat itu kerana ketidakmampuannya itu.  Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan ( KPPK ), Siva Subramaniam berpendapat pelaksanaan sistem franchais ini hanya diikuti oleh pelajar-pelajar dari golongan berada sahaja manakala golongan yang miskin akan terpinggir.  Yuran yang tinggi akan membebankan rakyat dan mengakibatkan pelajar-pelajar yang cemerlang tetapi miskin gagal untuk memasuki IPT ( BH,11/6/98).  Ini bermakna kejayaan yang cemerlang bukanlah tiket untuk ke menara gading.
		Fenomena ini mungkin akan menurunkan semangat pelajar-pelajar miskin unruk terus berusaha dalam pelajaran.  Mereka berpendapat untuk apa mereka bertungkus lumus belajar untuk dapat keputusan yang baik sedangkan belum tentu impian mereka untuk ke menara gading tercapai disebabkan ketidakmampuan mereka.

· Kemudahan prasarana adalah kurang
		Adalah didapati, kemudahan-kemudahan yang disediakan di IPTS gagl memuaskan hati para pelajar dan ibubapa.  Sesetengah IPTS melaksanakan program franchais ini di bangunan-bangunan kedai, dan sebagainya.  Tempat penginapan pula usang, sempit dan tidak selesa.  Sesetengah IPTS tidak mempunyai makmal komputer dan makmal sains yang memuaskan.
		Ini menimbulkan ketidakadilan kepada para pelajar kerana para pelajar terpaksa membayar lebih tetapi kemudahan yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran.  Ini bermakna, bayaran tersebut tidak berbaloi berbanding dengan apa yang diperolehi.
Kekurangan kemudahan ini menyebabkan para pelajar tidak dapat menumpukan perhatian mereka dengan baik dengan pelajaran.  Para pelajar tidak akan dapat belajar dengan sempurna dan jika ini berterusan, maka pelajar-pelajar yang akan dilahirkan adalah pelajar yang tidak berkualiti.

· Tenaga pengajar yang tidak terlatih dan tidak berpengalaman
		Kebanyakan guru-guru yang ada tidak terlatih dan tidak berpengalaman dalam bidang pendidikan.  Ini akan mendatangkan keburukan kepada perkembangan ilmu.  Disamping itu ia juga sukar pelajar mencapai kecemerlangan kerana dibelenggu oleh masalah sukar untuk menjelaskan yuran.

· Persekitaran
		Terdapat sesetengah IPTS yang melaksanakan program franchais ini di kawasan yang tidak sesuai untuk pembelajaran.  Sebagai contoh : Institut Goon, dijalankan berhampiran dengan kedai nombor ekor, pusat-pusat snuker serta permainan video yang terletak berhampiran dengan kolej.  Tempat penginapan pelajar lelaki dan perempuan tidak diasingkan dan ini akan menggalakkan masalah sosial memandangkan para pelajar kebanyakannya berumur di bawah 19 tahun sahaja.
		Ciri-ciri keselamatan pula tidak menunjukkan ianya dilaksanakan dengan baik.  Tidak ada pengawal keselamatn yang ditugaskan untuk mengawal keselamatn pelajar walaupun ada pondok pengawal yang disediakan.  Keadaan yang serba kekurangan ini menyebabkan pelajar tidak dapat belajar dengan selesa.

CADANGAN
· Mengekalkan program matrikulasi di IPTA sedia ada dengan kapasiti pelajar yang mampu diambil oleh pusat berkenaan.  Masalah tahun ini adalah pelajar berganda daripada kemampuan yang ada.
· mengekalkan pengambilan khas untuk pelajar cemerlang yang dulunya diambil untuk program persediaan pelajar ke luar negara




	




 



return to main