KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353)

CIRI-CIRI DAN GARIS-PANDUAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH.

 

1.0 Pengenalan

Pentadbiran di sekolah mempunyai sejarah yang begitu lama di negara ini. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, wujudnya suatu sistem pendidikan kebangsaan oleh kerajaan dan pentadbiran di sekolah telah menjadi lebih kompleks jika dibandingkan dengan masa sebelum merdeka. Perubahan ini merupakan salah satu strategi kearah menyediakan infrastruktur yang lengkap dan terkini bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang semakin mencabar.

Pentadbiran sekolah dibawah pimpinan seorang pengetua telah menjadi suatu bidang yang memerlukan pengetahuan, kecekapan, pengalaman mengajar dan mentadbir yang tinggi. Pengetua sebagai pemimpin dan sekali gus sebagai pengurus pendidikan di sekolah, adalah menjadi faktor utama kepada bukan sahaja kejayaan sebuah sekolah, bahkan dengan kepimpinan dan pengurusannya dengan misi dan visinya boleh menentukan hala tuju institusi pendidikan yang diamanahkan kepadanya.

Tambahan lagi, pengetua adalah pelaksana dasar pendidikan di peringkat sekolah. Menurut Levin dan Lockheed (1993) membuktikan bahawa "….principals can make a difference." Ubben dan Hughes (1987) pula, "It is the leadership of the school that makes the difference between mediocrity and excellence.

1.1 Status seorang Pengetua

Perkhidmatan Pendidikan Malaysia ialah perkhidmatan yang terbuka. Oleh itu, mana-mana pegawai dalam perkhidmatan tersebut boleh dilantik sebagai pengetua sekolah menengah oleh Kementerian Pendidikan. Walaubagaimanapun, mengikut amalan biasa, guru sekolahlah yang dipilih untuk kenaikan pangkat sebagai pengetua berdasarkan kepada pengalamannya dalam pengajaran atau pentadbiran.

Hari ini, oleh sebab kebanyakkan guru yang dilantik menjadi pengetua sekolah menengah hanya mendapat latihan asas dalam bidang pendidikan perguruan sahaja, maka untuk menjalankan tugas sebagai pengetua lazimnya bergantung pada pengalaman kerja, panduan dan nasihat rakan sejawat, ataupun mengikut kaedah trial and error. Selain itu oleh surat-surat pekeliling pentadbiran dan ikhtisas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.

Persoalan yang timbul : Kajian ada menunjukkan kecemerlangan sekolah juga dipengaruhi oleh dasar daerah atau negeri (PPD dan JPN). Soalannya, dalam hieraki sistem pendidikan adakah ini timbul soal ‘role conflict’ dikalangan pengetua dengan pihak atas?

1.2 Dasar Pelantikan Pengetua

Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan kaedah baru pelantikan bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran sekolah untuk menghadapi cabaran alaf baru sistem pendidikan negara. Sehubungan dengan itu, antara langkah yang perlu di buat ialah mengikuti kursus yang dijalankan di Institut Aminuddin Baki, ianya bertujuan untuk memberi ilmu yang mencukupi supaya status mereka dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Dasar Kementerian Pendidikan mengenai pelantikan Pengetua tidak berubah iaitu berdasarkan kekananan serta pengalaman calon seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Menteri Pendidikan, Datuk Najib Tun Razak menyatakan baru baru ini, persediaan untuk melantik pengetua harus bermula lebih awal lagi iaitu awal 30-an tetapi dari segi pelantikan perlu mengikuti kaedah yang di tetapkan oleh JPA iaitu berdasarkan kekananan dan pengalaman.

Program persediaan yang dimaksudkan akan dijalankan pada tahun hadapan (1999) yang mana akan memberi peluang kepada semua guru yang berminat untuk menjadi pengetua.

2.0 Akta Pelajaran 1961

Di Malaysia, jawatan pengetua sekolah belum diberi status pentadbir ataupun profesional. Hal ini demikian kerana Akta Pelajaran 1961 masih menganggap pengetua sebagai guru sekolah dan jawatan itu tidak dimasukkan ke dalam senarai pegawai pentadbiran. Dalam Laporan Aziz ( 1971 ) pula, jawatan pengetua sekolah tidak di masukkan ke dalam kategori profesional.

Apabila seseorang guru dilantik menjadi pengetua tanpa latihan profesional, ia akan menghadapi satu dilema tentang tugasnya kerana tidak ada bidang tugas atau panduan tertentu untuk ia berfungsi sebagai pengetua sekolah yang berkesan.

Laporan Aziz ( 1971 ) berbunyi: The standard of administration in schools is generally below the level expected. Some head teachers have little or no training in administration and have to rely on their own judgement, guided perhaps by the clerks who, in many cases, are themselves not well qualified or equipped to carry out the multifarious administrative functions.

Profesion pengetua sekolah atau principalship adalah unik jikalau dibandingkan dengan profesion lain kerana sesiapa yang ingin menjadi pengetua sekolah tidak perlu dilatih dahulu. Komen dari W.G. Walker ( 1989 ) tentang perkara ini berkata : If a man is to be a teacher we train him to be a teacher; if an engineer, we train him to be an engineer. But if a man is to be a good principal? Of course, we do not, unless we wish to delude ourselves by referring to several years of class teaching which may or may not provide some vicarious experiences in administration as "training".

3.0 Tugas-tugas Pengetua

Tugas utama pengetua sekolah boleh dibahagikan kepada dua:

  1. tugas pengajaran, dan
  2. tugas pentadbiran.

Oleh sebab waktu pengajaran pengetua sedikit sahaja, maka tugas yang dianggap lebih penting lagi ialah mentadbir sekolah.

Tunku Ismail Tunku Md. Jewa (1989). Tugas-tugas yang biasa diurus oleh pengetua dengan bantuan kerani sekolah serta guru-guru adalah :

3.1 Pentadbiran Am

  1. Surat-menyurat
  2. Menyediakan/memeriksa rekod peperiksaan/sijil
  3. Memeriksa buku rekod guru
  4. Menandatangani kad laporan murid
  5. Menyediakan rekod sekolah/rekod perkhidmatan kakitangan
  6. Memeriksa jadual kedatangan
  7. Merancang mesyuarat Guru/Lembaga Pentadbir

3.2 Penyeliaan Sekolah/Murid dan Kakitangan

  1. Menyelia murid-murid
  2. Menyelia guru-guru
  3. Menyelia kakitangan bukan guru
  4. Menyelia bangunan dan kawasan

3.3 Pengurusan Kewangan

  1. Mengurus dan pengawal akaun sekolah
  2. Membeli radas dan alatan
  3. Membuat stok barang-barang
  4. Memeriksa stok barang-barang

3.4 Pentadbiran Bermusim

  1. Menyediakan anggaran perbelanjaan
  2. Merancang projek mengutip derma
  3. Membuat persediaan untuk Hari Ucapan
  4. Membuat persediaan untuk Sukan Tahunan
  5. Mendaftar calon peperiksaan (PMR, SPM, STPM)
  6. Menyediakan Peperiksaan Sekolah/Lembaga Peperiksaan
  7. Menyediakan jadual waktu pengajaran

Dalam Buku Panduan Pentadbiran Sekolah (1982) yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, tugas pengetua dinyatakan dengan lebih jelas lagi dan dapat membantu guru yang baru memegang jawatan pengetua. Tugas-tugas pengetua yang disenaraikan ialah yang berikut:

  1. Menjalankan pengajaran, sekurang-kurangnya 7 waktu dalam masa seminggu
  2. Mengurus perkhidmatan dan perjawatan guru dan buku guru.
  3. Mengurus kewangan dan akaun sekolah
  4. Mengurus kegiatan kurukulum dan ko-kurikulum.
  5. Menyusun jadual waktu sekolah
  6. Mengurus perjalanan ujian/peperiksaan pada peringkat sekolah
  7. Mengurus perjalanan aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengan agama Islam.
  8. Mengurus kemasukan/pertukaran murid-murid.
  9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
  10. Bertanggungjawab tentang disiplin guru dan kakitangan bukan guru.
  11. Bertanggungjawab tentang disiplin murid-murid.
  12. Bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan.
  13. Bertanggungjawab mengoordinasikan gerak kerja dan aktiviti sekolah dengan Jabatan-jabatan Kerajaan dan Pertubuhan-pertubuhan yang terlibat.

Selain menjalankan tugas-tugas yang tersebut di atas pengetua sekolah bertugas sebagai Setiausaha Lembaga Pengelola Sekolah dan ahli dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Daripada keterangan yang dinyatakan di atas, jelaslah menunjukkan ciri-ciri dalam tugas pengetua adalah banyak, pelbagai dan adalah agak berat sekali.

Persoalannya : Apakah pengetua mempunyai masa untuk menjalankan semua ini? Jika benar, oleh yang demikian pengetua sekolah tidak boleh mentadbir sekolah sebagai amatur lagi tetapi perlu didorong dan dibimbing menjadi profesional.

4.0 Pengetua yang cemerlang

Pengetua yang cemerlang dijelmakan sebagai … a decisive, hard-working individual one, who kept close contact with people and who acted as an informer center. Hemphill et a. (1962). Effective principals recognize the unique styles and needs of teacher and help them to achieve their own performance goals. Datuk Abdul Aziz Ismail (1990), ciri-ciri penting seorang pengetua di sekolah yang cemerlang dan berkaliber hendaklah seorang yang sentiasa:berfikiran terbuka (open-minded) dan berpandangan jauh (far-sighted).menjalinkan hubungan yang mesra dengan pegawai-pegawai atasan dan bawahan serta rakan-rakan sejawatnya. (The greatness of a big man lies in the way he treats little men).mengambil berat tentang kebajikan kakitangannya dan sentiasa berperikemanusiaan dan bertimbangrasa.tidak menggunakan semata-mata pangkat dan kuasa untuk bertindak.bersedia mendengar dan mengambilkira pandangan dan cadangan pegawai-pegawainya sebelum membuat sesuatu keputusan.sedia menerima hakikat bahawa ada orang lain yang mungkin lebih berpengetahuan atau lebih mahir daripadanya mengenai sesuatu bidang atau perkara.tegas tetapi adil dan saksama, mengkritik dan menegur sacara membina, sedia mengampuni seseorang yang bersalah, jika tidak berat kesalahannya.mengeksploitkan kekuatan-kekuatan setiap pegawainya, bukannya kelemahan-kelemahan mereka.mempunyai pengetahuan yang kemaskini-memberi perhatian khas kepada idea-idea yang baru.bersikap positif, sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.berani dan sedia mengemukakan pendapat yang mungkin bercanggah dengan pandangan atau pendirian pihak atasan tetapi rela menerima keputusan muktamad pihak atasan.Wan Mohd Zahid (1990). Kunci kepada produktiviti dan daya saing terletak kepada kemampuan tenaga kerja dalam menggerakkan pengetahuan dalam sains dan teknologi serta kemampuan kepimpinan pengurusan untuk mengerakkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan terlatih kepada tahap yang maksimum. Semua ini memerlukan kesungguhan yang tinggi daripada setiap pengetua di sekolah untuk menentukan pengeluaran tenaga manusia terlatih yang secukupnya. Datuk Wira Abdul Rahman Arshad (1990) menyatakan, sistem pendidikan di Malaysia luas. Penyertaan untuk menjayakannya harus dibuat oleh semua pihak. Pengurusan pendidikan itu harus mengalakkan gabungan segala pandangan dari semua lapisan masyarakat. Asas kejayaan ketua itu ialah kebolehan pemikirannya sebab dia mengetuai orang lain bukan dengan kerja bahkan dengan otaknya. Oleh kerana ini berupa satu sistem yang berterusan. Oleh itu harus jangan diadakan suatu ketuanan dalam masyarakat, harus diadakan kekeluargaan dalam pendidikan.5.0 Kekuatan Pengetua di dalam Pengurusan dan KepimpinannyaBeberapa petunjuk yang boleh dijadikan ukuran untuk membuktikan terdapatnya kekuatan-kekuatan dikalangan pengetua dalam mengurus dan memimpin sesebuah sekolah ialah penghasilan pelajar cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Manakala kewujudan sekolah dengan pelbagai gelaran dan sebagainya membuktikan keupayaan dan kebolehan seseorang pengetua itu dalam memimpin sesebuah sekolah.Pengiktirafan dan penganugerahan yang diberikan kepada sebilangan pengetua oleh Kementerian Pendidikan menguatkan lagi kenyataan tadi. Terdapat sesetengah pengetua yang mempunyai kelayakan akademik yang baik serta mengikuti kurus-kursus dalam pengurusan dan ada yang cukup berpengalaman dalam menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah menjadikannya kekuatan untuk mencapai kejayaan . Namun demikian terdapat juga sesetengah pengetua yang gagal menampilkan kualiti pengurusan dan kepimpinan yang baik. Perkara ini jelas sekiranya terdapat rungutan masyarakat melalui akhbar-akhbar tempatan. Seorang bekas pengetua disebuah sekolah berkata: "segala kejayaan adalah kejayaan anak buah dan segala kesilapan adalah kesilapan saya"Dalam keadaan sekarang pengetua sekolah tidak boleh disalahkan jikalau prestasinya sebagai pentadbir sekolah tidak mencapai taraf yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan. Tetapi apakah ‘taraf yang diharapkan? Kementerian Pendidikan perlulah menetapkan kriteria-kriteria untuk memilih dan menilai pengetua-pengetua sekolah jikalau harapannya ialah mendapat kecekapan dan keberkesanan dalam pentadbiran sekolah.Hasil kajian yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terdapat 10 isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan pengurusan dan kepimpinan yang perlu ada pada seseorang pengetua sekolah iaitu :Stail kepimpinan PersonalitiKepimpinanKeilmuanKomunikasiPengiktirafanKomitmenKeberkesanan/kecermelanganKemahiranKesihatan.

A. Stail KepimpinanSetiap pengetua mempunyai stail kepimpinan yang tersendiri Namun demikian apa jua stail kepimpinan pun yang kesan atau hasil kepimpinan tersebut melahirkan keutuhan sesebuah organisasi dan berjaya membawa organisasi itu ke arah keberkesanan dan kecemerlangan dalam mencapai matlamat organisasi. Stail kepimpinan yang berorentasikan conventional(conforming) adalah tidak sesuai lagi, tetapi perlu diubah kepada berorentasikan pelanggan iaitu pelanggan sentiasa betul . Namun demikian kebolehan mengubah stail kepimpinan dan pengurusan adalah mengikut keadaan dan masa bagi seseorang pengetua untuk memimpin dan mengurus dengan cekap.

  1. Personaliti/ketokohan Sebagai pengurus dan pemimpin seorang pengetua itu sewajarnya menampilkan personaliti yang amat baik dan memeliharanya setiap masa. Pengetua yang mempunyai personaliti yang tinggi dapat menjelmakannya melalui petuturannya, akal budinya dan tatalakunya. Imejnya yang baik yang disaluti dengan ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti membuatnya disegani dan dihormati. Ini sedikit sebanyak membantu menyumbang keberkesanan pengurusan dan kepimpinannya.

C. Kepimpinan Kepimpinan pengetua amat penting kerana ia merupakan pemimpin sekolahnya dan ia juga menentukan hala tuju sekolahnya. Kepimpinanya juga mencorakkan keputusan yang diambil bagi mencapai matlamat organisasi. Lazimnya pengetua dilantik berdasarkan kekanan dan kekanan tanpa leaders quantities tidak membantu pengetua itu untuk memimpin dengan berkesan. Oleh itu bakal pengetua disarankan mengikuti kursus kepimpinan terlebih dahulu untuk melayakkannya memimpin organisasi. Salah satu kursus yang dihadiri oleh pengetua ialah kursus Program Sekolah Berkesan ( PSB ).Menurut Yaacob Wan Ibrahim (1998), semua pengetua sekolah mesti melaksanakan tanggungjawab mereka dengan serius ke arah menampilkan kecemerlangan institut yang diterajui mereka berteraskan kepada keperluan menghasilkan warganegara yang intelek. Tambahnya lagi, pengetua perlu cekap dalam pengurusan pentadbiran dan akademik dengan menampilkan ciri-ciri berinovasi serta berketrampilan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak Kementerian.

D. Keilmuan Semua pengetua mesti peka kepada perubahan dalam masyarakat kita teruatama sekali kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian pengetua sekolah haruslah mengemaskinikan pengetahuan dan ilmu tentang profesionnya. Pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggung jawabnya membolehkan seseorang pengetua itu memimpin dan mengurus dengan baik organisasinya. Pengetua seharusnya sentiasa mengemaskinikan pengetahuannya agar mudah menyelesaikan pelbagai masalah di dalam organisasi. Ini dapat dilakukan melalui pembacaan pelbagai bahan bacaan ilmiah. Sekiranya berpeluang melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus dan seminar, maka ianya tidak seharusnya dilepaskan kerana cara ini juga dapat meningkatkan keilmuan seorang pengetua.

E. Komunikasi Kepentingan komunikasi dalam pengurusan dan kepimpinan tidak dapat dinafikan . Seorang pengetua itu seharusnya mempunyai jaringan komunikasi yang luas, menegak dan mendatar. Corak komunikasinya juga adalah pelbagai hala dan gaya ini membolehkan ia mengurus sebuah organisasi dengan berkesan. Dengan itu misi dan visi seseorang pengetua akan sampai pada semua peringkat di dalam organisasinya. Satu contoh yang baik ialah berhubung dengan permasalahan guru dan kakitangan sekolah yang mana pengetua boleh bertindak sebagai kaunselor.Shahabuddin Ashari (1998) menyatakan, dengan adanya program seperti, Perasa ( program untuk membantu guru bermasalah menerusi khidmat kaunseling pengetua ) sedikit sebanyak telah dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling bantu-

membantu dan memahami sesama rakan sekerja.

F. Pengiktirafan Pengiktirafan terhadap hasil kerja seorang pengetua adalah penting untuk mengangkat matrabat seseorang pengetua. Walaupun ianya bukan ditagih dan bukan dijadikan matlamat utama, namun kepuasan kerja sahaja tanpa penghormatan dan pengiktirafan pelbagai pihak, belum cukup mengangkat martabat pengetua ke tempat yang tinggi.Pengiktirafan ini lebih dilihat sebagai anugerah kecemerlangan dalam pengurusan dan kepimpinan seorang pengetua dan ini secara tidak langsung merupakan langkah positif ke arah mengangkatkan martabat para pengetua.Utusan Malaysia ( 5 Ogos 1997 ). Kementerian pendidikan bersetuju menyeragamkan gred mata gaji semua pengetua sekolah menengah ke DG2. Ini bermakna pengetua sekolah menengah kategori B yang sebelum ini mendapat tangga gaji DG3, akan menikmati kenaikan ke DG2. Dengan itu, seoarang pengetua akan menikmati gaji pokok minimum RM2,985 dan maksimum RM4,086 - belum termasuk pelbagai elaun lain.Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan juga telah mewujudkan jawatan ‘Pengetua Cemerlang’, dimana jawatan ini merupakan satu jawatan naik pangkat Gred Satu yang memberi pengiktirafan terhadap keberkesanan dan kecermelangan kepimpinan di peringkat organisasi sekolah menengah. Pengetua Cemerlang adalah seorang yang dianggap pakar dalam bidang kepimpinan, pengurusan, dan penyelesaian masalah pendidikan diperingkat organisasi sekolah.

  1. Komitmen Pengetua secara umumnya adalah komited terhadap tugas, tanggungjawab dan aktiviti mereka. Pendapat seorang pengetua disebuah sekolah, "Prioriti saya ialah tugas mengajar saya. Itu yang menyebabkan saya jadi pengetua. Urusan lain kena tunggu saya habis kelas." Pengetua sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa isu atau keputusan secara tidak langsung menunjukkan komitmen seorang pengetua. Pada masa ini selain daripada etika profesion perguruan, belum ada etika khusus untuk pengetua. Namun demikian etika seumpama ini bleh juga meningkatkan komitmen pengetua terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.
  2. Keberkesanan / kecemerlangan Seorang pengetua itu merupakan ‘the central figure’ dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Beliau menjadi tempat rujukan, tempat rundingan, tempat bicara, tempat mendapat keputusan, tempat mendapat khidmat nasihat dan sebagainya. Sekiranya pengetua kekurangan maklumat dan kurang pengetahuan di dalam pengurusan maka sudah tentulah banyak perkara tidak dapar berjalan dengan cekap sebagai contoh tindakan yang dibuat hanyalah dari maklumat yang sedikit dan lebih kepada tekaan dan agakan. Ini boleh memburukkan lagi keadaan maka cara-cara pengurusan moden perlu diterap dalam pengurusan agar mencapai kecemerlangan.I. KemahiranKebolehan memimpin dan kemahiran mengurus sekolah amat penting bagi seorang pengetua sekolah untuk menerajui organisasinya dengan berkesan. Rosenblum (1979), " In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school. He or she is the person responsible for all activities that occur in and around the school building. It is the principal’s leadership that sets the tone of the school." Kemahiran yang tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran sama ada berkaitan dengan teknologi atau metodologinya adalah penting untuk menyumbang idea untuk membantu guru-guru meningkatkan profesional kerja . Kemahiran lain seperti membuat keputusan dan kaunseling, tidak dapat dinafikan kepentingannya kepada pengetua untuk membantu dan memimpin pegawai-pegawai dibawahnya ke arah pencapaian matlamat organisasi.J. KesihatanKesihatan merupakan prasyarat yang utama untuk seseorang itu sebelum melayakkannya menjalankan tugas. Kepelbagaian tugas seorang pengetua menuntutnya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik. Faktor seperti tekanan kerja, tidak sempurna makan-minum dan waktu rehat memburukkan lagi kesihatan seseorang pengetua. Oleh itu seorang pengetua itu perlu fitness agar ia dapat menjalankan tugas dengan baik. Ini dapat dilakukan dengan mengaktifkan diri dalam kegiatan sukan dan membuat pemeriksaan doktor secara berkala. 6.0 Dilema Pengetua Sekolah Mc Pherson dan Crowson (1987). Membicarakan mengenai dilema yang dihadapi oleh para pengetua yang berpunca daripada pengalaman dan latihan mereka sebelum dan selepas menjadi pengetua. Diantaranya adalah : Kebanyakan pengetua ini adalah dilantik dari kalangan guru-guru bilik-darjah. Jadi, sebagai guru kerja-kerja mereka ini hanyalah berhubung dengan pelajar-pelajar dan apa yang berlaku dalam bilik darjah. Pengetua ini tidak mempunyai pengalaman dengan tugas-tugas pengurusan/pentadbiran sekolah, apatah lagi dalam soal kepimpinan. Menjadi pengetua bererti melakukan tugas-tugas yang berbeza dengan tugas-tugas seorang guru seperti, menghadapi orang-orang dewasa (guru dan ibu-bapa), tekanan-tekanan dan keperluan-keperluan kerja dan sebagainya. Dalam waktu yang sama mereka juga menjadi tumpuan untuk segala maklumat dan pemimpin disekolah. Ini bererti para pengetua memerlukan bukan sahaja kemahiran yang berbeza tetapi juga kebolehan dalam mendapatkan kerjasama dari kakitangan bawahannya.Perhubungan pengetua dengan guru-guru; dimana para guru lebih suka soal-soal yang berkaitan dengan pengajaran dijadikan hak mereka, tanpa gangguan atau campur-tangan dari pengetua mereka seperti yang dilaporkan oleh McPherson dan Crowson (1982). Akibatnya, pengetua ini menumpukan perhatian hanya kepada tugas-tugas pentadbiran sekolah sahaja.Walaupun pengetua diberi kursus dalam perkhidmatan, namun seperti yang dirumuskan oleh Rallis dan Highsmith (1986), mereka dilatih sebagai pengurus sekolah dan bukan sebagai pemimpin pengajaran. Kerana jika pengalaman mengajar dijadikan sebagai asas latihan maka seseorang pengetua itu belum boleh menjadi pemimpin pengajaran. Mengikut Thomson (1986) pengalaman mengajar sahaja tidak cukup untuk menjadi seseorang itu sebagai pengetua.Banyak kajian telah dijalankan bagi tujuan untuk memahami ‘dunia pengetua’. Walcot 1973, Willis 1980, dan Howell 1981. Salah satu daripada kajian yang signifikan ialah hanya 25 peratus sahaja daripada masa pengetua ini ditumpukan kepada pengajaran, manakala bakinya dihabiskan dengan tugas-tugas pentadbiran dan perhubungan pelajar. Jika sekiranaya pengetua ini mengubah tumpuan masa yang lebih kepada kepimpinan pengajaran, maka segala urusan pentadbiran akan terbengkalai. Kerana mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan kerja kedua-dua bidang tersebut. Rallis dan Highsmith (1986). Banyak masa bekerja pengetua dipenuhi oleh kerja-kerja pentadbiran dan kebanyakkannya menumpukan perhatian kepada tugas-tugas remeh-temeh untuk mempastikan sekolah itu berjalan. Morris et.al (1984). Mendapati pengetua menerima tekanan kerja yang banyak dari pihak atas seperti dari pihak (PPD/JPN) dalam bentuk arahan dan peraturan. Pengetua ini juga dibebankan dengan tugas-tugas pentadbiran dan surat menyurat yang datangnya dari semua peringkat yang kebanyakkannya memerlukan tindakan segera. Dan adakalanya pengetua ini terperangkap dalam satu keadaan iaitu diantara tuntutan pihak atasan dengan kehendak di sekolah iaitu daripada kaitangan sekolah, ibu-bapa dan masyarakat tempatan.Leithwood dan Montgomery (1984). Telah berjaya mengenalpasti mengenai golongan pengetua berkesan dan pengetua yang kurang/tidak berkesan. Mereka merumuskan pengetua yang berkesan adalah ketua-ketua yang menitikberatkan soal pencapaian matlamat sekolah, ekspektasi dan kehendak ibu-bapa. Disebaliknya, bagi pengetua yang kurang/tidak berkesan pula menganggap tugas-tugas pengurusan dan kepimpinan sebagai masalah yang utama. Ini bererti pengetua tidak mempunyai vision dan ciri-ciri peribadi yang tidak terdapat pada pengetua-pengetua yang berkesan.Laporan Jemaah Nazir, menunjukkan kebanyakan pengetua tidak memberi panduan kurikulum kepada guru masing-masing, sebaliknya lebih mirip kepada pentadbiran am sahaja, tidak dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, terutama pedagogi serta pendekatan melaksanakan kurikulum.Sebenarnya masalah dan dilema yang dihadapi oleh pengetua-pengetua adalah banyak sekali dan yang dinyatakan di atas ini hanyalah masalah yang perlu lagi dibuatkan kajian semula. 7.0 KesimpulanKita tahu bahawa pendidikan adalah alat bagi pembangunan individu dan seterusnya pembangunan masyarakat dan negara. Kita juga yakin bahawa pendidikan adalah asas kepada tamaddun sesebuah masyarakat. Dan kita juga yakin, pendidikan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan wawasan 2020. Oleh itu, adakah ciri-ciri pengurusan dan kepimpinan pengetua di sekolah dapat meletakkan pendidikan ke atas landasan yang betul-betul mantap dan kukuh ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 seperti yang disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri kita. Dalam hubungan ini, peranan seorang pengetua yang bertindak sebagai seorang pengurus atau pemimpin dalam pendidikan diperingkat menengah bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengawasan dan pengawalan pelajar dan kakitangannya bahkan ianya juga merangkumi tugas-tugas yang tidak tercatat didalam gambaran tugas hariannya. Corak atau gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pengetua itu mungkin berkesan dalam satu keadaan tertentu dan tidak akan berkesan dalam satu keadaan yang lain. Untuk memastikan keberkesanan kepimpinan itu, pengurus atau pemimpin hendaklah menganalisis keadaan persekitaran, ciri-ciri kakitangan dibawahnya dan faktor-faktor penting yang dapat mempengaruhi kepimpinannya dalam mencapai kecemerlangan sekolah. Dengan menggunakan kekuatan dalam pengurusan dan kepimpinan pengetua sekolah dapat menyumbangkan kepimpinan yang baik dan menghasilkan pengurusan yang berkesan dan cemerlang. Adalah menjadi harapan pengetua pada suatu hari nanti : Kelahiran banyak sekolah yang cemerlang .Masalah disiplin guru dan pelajar disekolah menuju ke arah ‘zero defect’.Banyak laporan yang positif dalam media massa berhubung dengan pendidikan di sekolah.Ramainya bilangan pengetua yang berjaya menghasilkan produktivi yang tinggi.Pengiktirafan pengetua dalam status profesional.Mengubahsuaikan semula jenis latihan dalam perkhidmatan pengetua supaya matlamat asas penubuhan sesebuah sekolah dapat dicapai.Memilih dan menaikkan pangkat pengetua yang komited kepada kemajuan pengajaran. Ertinya pengetua yang dilantik adalah mereka yang benar-benar membuktikan kejayaan dalam kemajuan sekolah.Akhirnya, para pengetua juga harus menilai nilai-nilai kepercayaan dan pegangan mereka sebagai pengetua. Mereka harus boleh mengenal-pasti kelemahan-kelemahan mereka dan menjalankan komitmen mereka ke arah memajukan prestasi pelajar-pelajar. Mereka juga harus peka terhadap tuntutan-tuntutan masyarakat dan juga masa depan pelajar-pelajarnya.
  3. BibliografiLeo Ann Mean. Status Pentadbir Sekolah di Malaysia sebagai ahli profesional. Universiti Malaya, Fakulti Pendidikan.Professor Tunku Ismail Tunku Md. Jewa (1989 18, March). Kearah darjah profesional yang lebih tinggi dalam pentadbiran sekolah.Universiti Sains Malaysia Online.Internet. http://www.lib.usm.my/press/index.html. Asas Pengurusan.Mohd. Khairi Che Teh (1998, 15 Mei). Pengetua disaran laksanakan PSB. Utusan.(1997, 15 Februari). Pengalaman pengetua hadapi samseng. Mingguan Malaysia.(1998, 28 Februari). Program Perasa bantu guru bermasalah. Utusan Malaysia Online.Hj. Mohammad Yunus. (19 ?). Realisasi dan Operasi wawasan pendidikan melalui Pengurusan dan Kepimpinan Pengetua.Dr. Azmi Zakaria, Dr. Quek Bong Cheng dan Dr. Wan Fatimah Mohamad. (19 ?). Indikator Kepimpinan Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan. Jurnal Guru. Datuk Abdul Aziz Ismail. (1990, 16 Mei). And Dear Friend. Jurnal Guru.Rahman Abdullah. (1986, Disember). Guru Besar: Pengurus dan Pendidikan. Jurnal Kementerian Pendidikan.Prof. Madya Dr. Nik Azis Nik Pa. (1991, 16 Mei). Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Sekolah pada Zaman Matlumat. Jurnal Guru.Dr. Hussin Mahmood. (1991, 16 Mei). Kepimpinan Pengajaran: Kekangan dan Implikasi. Jurnal Guru.Dasar pelantikan pengetua tidak berubah. (1998, 7 Ogos). Berita Harian.