KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353)

 

PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

 

1.0 PENGENALAN

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat ‘kindergarten’. Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat ‘nursery’. Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum, pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap. Iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga meningkat ke enam tahun.

 

- 1 -

Jelaslah di sini menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah memainkan peranan yang penting di dalam pertumbuhan diri seseorang kanak-kanak itu di dalam kedua-dua tamadun Barat dan Islam. Persoalannya sekarang adakah ibu bapa mempunyai kebolehan,

pengetahuan dan keupayaan dari segi masa dan tenaga untuk menangani segala bentuk masalah dan fenomena yang muncul dalam sistem sosio-ekonomi masyarakat sekarang? Ibubapa sebagai orang yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin anak-anak, mungkin menghadapi masalah dalam melaksanakan peranan mereka dengan sempurna kerana terdesak oleh hambatan hidup, contohnya ibu juga terpaksa bekerja di luar rumah.

Fenomena yang disebutkan di atas menyebabkan ibubapa terpaksa mencari pengganti untuk melaksanakan tugas dan peranan yang sepatutnya mereka laksanakan sendiri. Dalam dekad 70-an dan 80-an peranan ibubapa digantikan dengan pengasuh yang tinggal serumah bersama-sama keluarga. Dalam tahun-tahun mutakhir ini, tempat-tempat seperti taman asuhan (hadhanah)dan tadika menjadi tumpuan dan harapan ibubapa agar dapat mengambil alih tanggungjawab mereka sama ada secara sepenuhnya atau sebagai menampung waktu ketiadaan mereka bersama anak-anak. Jadi untuk menyempurnakan tugas ibubapa dengan sebaiknya, taman-taman asuhan perlulah diberi pengisian yang lengkap. Pengisian yang dimaksudkan ialah kurikulum yang bertujuan untuk melatih dan mendidik dalam semua aspek pendidikan seperti pendidikan moral, rohani, jasmani dan juga mental.

 

 

 

 

- 2 -

 

2.0 PERANAN DAN FUNGSI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

 

Pendidikan prasekolah mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri sebagai asas pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana pendidikan prasekolah bukanlah sebahagian dari sistem persekolahan di Malaysia. Tidak ada

peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk pendidikan prasekolah. Penglibatan Kementerian Pelajaran ialah setakat menyediakan buku panduan bagi kewujudan tadika-tadika . Sama ada ianya diikuti atau tidak terpulanglah kepada institusi pendidikan prasekolah tersebut. Walau bagaimanapun fungsi dan peranan pendidikan prasekolah tidak dapat dinafikan. Antara fungsi pendidikan prasekolah (Seminar Pendidikan UKM, Jun 1978)

pembelajaran yang sudah lengkap.

 

- 3 -

Lazimnya fungsi pendidikan prasekolah di kaitkan dengan falsafah meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segala sudut perkembanganya (fizikal, emosi, sosial dan intelek untuk tadika swasta) serta perkembangan sudut rohani melalui penerapan nilai-nilai murni (selaras dengan tuntutan reformasi pendidikan). Fungsi pendidikan prasekolah menjelang tahun 2000 mungkin akan bertambah. Tadika akan menjalankan perkhidmatan bagi meningkatkan keperluan dalam: (Dewan Masyarakat, April 1996)

- 4 -

Fungsi pendidikan prasekolah menjelang ke arah pertengahan tahun 2000 akan

menjadi lebih rumit daripada keadaan sekarang. Seharusnya pihak akademik yang merancang struktur pendidikan mengambil tindakan yang sewajarnya di dalam menyelaraskan peranan dan fungsi tadika sebenarnya terhadap bidang pendidikan.

  1. KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL (PRASEKOLAH)

Dalam memperkatakan pendidikan awal dari perspektif Islam, Al-Ghazali berpendapat: "Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya". (Al-Ghazali, 1296H, Dalam Hasan Langgulung, 1979)

- 5 -

Rousseau, seorang ahli falsafah Perancis yang ideanya sendiri banyak dipengaruhi oleh pemikir-pemikir Islam berpendapat, masa kanak-kanak di kalangan manusia adalah

lebih panjang jika dibandingkan dengan makhluk lain seperti haiwan. Rousseau selanjutnya menjelaskan bagaimana kanak-kanak memerlukan perlindungan. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan persekitaran yang sihat dan dapat mengembangkan potensi yang ada

pada kanak-kanak tersebut. Pendedahan kepada persekitaran yang sesuai akan mengajar mereka menjalani kehidupan dengan sempurna. Kanak-kanak tidak harus ditinggalkan sendirian dan dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang membawa kepada kejahatan dan kejahilan (Hasan Langgulung, 1979:16).

Selanjutnya Rousseau menjelaskan: "Pentingnya masa kanak-kanak di mana peribadi kanak-kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan selanjutnya, yakni masa dewasa dan masa tua, hal-hal pertamalah yang patut dipelihara, sebab kanak-kanak pada asalnya diciptakan siap untuk menerima baik atau buruk. Hanya orang tuanyalah yang mencenderungkan kepada salah satu diantaranya"

(Rousseau, 1762. Dalam Hasan Langgulung, 1979)

Pendapat ini hampir serupa dengan maksud sebuah hadis yang bermaksud bahawa, "Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah(suci), hanya orang tuanya yang menjadikannya Majusi, Yahudi atau Nasrani" (Ash-Shiddieqy, 1969)

Selain daripada kedudukan anak sebagai amanah Allah kepada ibubapa, anak juga merupakan cubaan atau ujian kepada mereka. Allah menguji sama ada ibubapa dapat

- 6 -

melaksanakan amanah ini. Sekiranya amanah ini terlaksana ibubapa memperolehi ganjaran

seperti ibadah. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan ketahuilah, bahawa harta bendamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar."

(Surah al-Anfal:28)

Terdapat juga hadith yang bermaksud: "Apabila anak Adam meninggal dunia, putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya"

Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh filosofi Islam dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak harus mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu tertentu yang sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius. Waktu ini disebut sebagai waktu kritikal. Perkembangan intelek, emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau tidaknya asuhan yang diperolehi terutama sekali dalam waktu kritikal. Jadi, untuk menyempurnakan tugas ibubapa, taman-taman asuhan perlulah mempunyai kurikulum yang seragam untuk membentuk insan yang cemerlang yang akan menjadi pemimpin unggul pada masa akan datang. (Pendidik dan Pendidikan, USM)

- 7 -

4.0 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Perkembangan sistem pendidikan prasekolah telah wujud sejak sekian lama di Malaysia. Kebanyakannya lebih menjurus kepada pendidikan agama yang di laksanakan secara tidak formal di kampung-kampung. Pengajian Al-Quran dan agama ini di ajar kepada kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas oleh guru-guru agama. Selalunya kanak-kanak ini belajar mengaji Al Quran di rumah tok guru. Masa yang di tetapkan untuk mereka belajar mengaji Al Quran adalah mengikut kehendak tok guru. Kebiasaannya ia di lakukan pada waktu selepas asar atau pada waktu malam. Kanak-kanak ini di ajar membaca muqaddam dan Al Quran sehinggalah mereka boleh membaca Al-Quran dengan bacaan yang lancar dan betul. Kebiasaannya kanak-kanak ini akan qatam Al Quran sebanyak tiga kali. Setelah qatam Al Quran, ahli keluarga kanak-kanak yang telah qatam Al Quran membuat kenduri pulut kuning sebagai tanda bahawa anak mereka telah tamat mengaji Al Quran dan sebagai ucapan terima kasih kepada tok guru yang telah mengajar mereka. Pendidikan agama yang di jalankan secara tidak formal ini masih lagi berlaku sekarang. Tetapi kebanyakan daripada keluarga kanak-kanak sekarang menghantar anak mereka kepada guru mengaji Al Quran yang di lantik di sesuatu kawasan atau sekolah agama. Biasanya mereka yang mengajar Al Quran ini di panggil ustaz dan ustazah. Kanak-kanak ini mengaji Al Quran seperti biasa dan hadiah kepada guru mengaji Al Quran ini adalah berupa pembayaran wang atau yuran setiap bulan.

 

- 8 -

Sistem pendidikan prasekolah secara tidak formal ini terus berkembang seiringan dengan tertubuhnya pusat-pusat asuhan kanak-kanak secara formal. Perkembangan pusat-pusat asuhan dan institusi prasekolah secara formal di Malaysia berkait rapat dengan faktor permintaan sosial, sama ada yang di akibatkan oleh desakan keperluan ekonomi ataupun perubahan nilai masyarakat yang di akibatkan oleh perbandaran dan permodenan. Pusat-pusat jagaan dan asuhan telah wujud bersama-sama dengan penubahan ladang-ladang getah dan kawasan perlombongan semasa pemerintahan kolonial Inggeris. Pusat-pusat ini ditubuhkan bagi menjaga anak-anak pekerja, yang kedua-dua ibu dan bapa bekerja bagi mencari nafkah. Akan tetapi pusat-pusat jagaan dan asuhan ini semata-mata memberi tumpuan terhadap penjagaan kebajikan dan kesihatan kanak-kanak, hanya sedikit tumpuan diberikan kepada aspek keperluan pendidikan (educational needs). Perkembangan bandar berserta dengan kepelbagaian kegiatan ekonomi bagi tujuan pembangunan telah mendorong kepada komersialisasi pusat-pusat jagaan dan asuhan secara meluas. Pusat-pusat jagaan dan asuhan ditubuhkan oleh pihak swasta bagi menampung permintaan ibu bapa yang bekerja untuk menjaga kebajikan anak-anak mereka. Pusat-pusat ini mengambil kanak-kanak dari umur beberapa bulan hingga 4 tahun atau 5 tahun.

Berbeza sedikit halnya daripada pusat jagaan dan asuhan, pendidikan prasekolah secara berinstitusi hanya bermula pada awal 1950-an. Prasekolah ketika itu adalah untuk kanak-kanak daripada golongan yang berada kerana yuran bagi perkhidmatan itu adalah tinggi atau di luar kemampuan golongan bawahan. Oleh itu, prasekolah bersifat elitis

 

- 9 -

walaupun ‘pengajar’ (bukannya guru dalam erti kata sebenar) tidak mendapat latihan profesional mengenai pendidikan awal kanak-kanak. Di pusat-pusat prasekolah berkenaan, kurikulum prasekolah bersifat tradisional, iaitu menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran asas 3M bagi membolehkan mereka dianggap superior dan mempunyai kelebihan daripada kanak-kanak lain. Penubuhan pusat-pusat prasekolah bertambah meluas dalam tahun-tahun 1960-an sejajar dengan perkembangan bandar-bandar utama, khususnya di negeri-negeri yang maju. (Azizah bt. Lebai Nordin, Fakulti Pendidikan UM).

Ketidakseimbangan penyertaan dalam prasekolah serta kepentingan pendidikan jenis ini disedari apabila Laporan Murad (1973) dikemukakan. Walau bagaimanapun, sebelum laporan itu telah dikuatkuasakan peruntukan tambahan Akta pelajaran 1961, P.U. (A) 414 Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergaten Sekolah Asuhan) (Pendaftaran), 1972 bagi mengawal perkembangan penubuhan dan pengurusan pusat-pusat berkenaan. Kesedaran tentang ketidakseimbangan penyertaan serta faedah pendidikan prasekolah sebagai pendidikan imbuhan awal telah mendorong beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan kakitangan jabatan kerajaan giat menubuhkan pusat-pusat prasekolah dalam tahun-tahun 1970-an dan 1980-an. Diantara agensi-agensi kerajaaan yang giat menubuhkan dan membangunkan pusat-pusat prasekolah serta program-program pendidikan berkenaan ialah FELDA, FELCRA, RISDA, KEMAS. Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, universiti-universiti, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Bandar dan Desa Sabah, Lembaga Letrik Negara dan Yayasan Sabah.

- 10 -

Rancangan Malaysia kelima (1986-1990) telah menyatakan bahawa satu kajian yang meliputi seluruh negara mengenai kedudukan pendidikan prasekolah dijalankan pada tahun 1981 dan telah disiapkan pada tahun 1984. Kajian tersebut adalah bertujuan untuk menyediakan maklumat kepada kerajaan mengenai kedudukan pendidikan prasekolah dan bagi membantu kerajaan menggubal garis panduan dasar mengenai pendidikan prasekolah yang meliputi antara lain pengawasan, pengawalan, penyelarasan, latihan guru, pembentukan kurikulum dan peningkatan mutu pendidikan prasekolah. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah telah berkembang dalam tempoh 1981-1984. Kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun yang mengikuti pendidikan prasekolah telah bertambah daripada 171,000 pada tahun 1980 kepada 279,000 pada tahun 1984. Dalam tempoh yang sama, terdapat sebanyak 5,657 pusat prasekolah berbanding dengan 2,974 pada tahun 1980. Sebanyak 4,487 atau 79 peratus daripada jumlah pusat-pusat ini yang kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar, menampung kira-kira 149,850 kanak-kanak atau 54 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah pada tahun 1984 (Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990).

Pada tahun 1989 terdapat 6,959 pusat pendidikan prasekolah di Malaysia, 4,728 di bawah berbagai agensi kerajaan, 631 di bawah badan-badan Berkanun seperti FELDA (Federal Land Development Authority), 1392 dijalankan oleh pihak persendirian dan 208 di bawah organisasi sosial. Jumlah pendaftaran kanak-kanak dalam tahun 1989 adalah

- 11 -

33,520 meningkat daripada 196,992 pada tahun 1981 dan 300,850 pada tahun 1986. (Educational Statistics of Malaysia, 1980-85, 1986 dan 1989) (tidak diterbitkan).

Mengikut anggaran dalam tahun 1990, seramai lebih kurang 490,700 orang dari jumlah kanak-kanak yang berumur 5+ tahun harus mendapat pendidikan prasekolah. Dari jumlah ini, dianggarkan seramai 269,450 orang kanak-kanak (53%) tidak mendapat kemudahan pendidikan tersebut.(Kementerian Pendidikan Malaysia 1991). Keadaan ini mendorong Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan prasekolah ‘Annex’ untuk memberi kemudahan pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak miskin dari kawasan bandar dan luar bandar yang tidak mampu membayar yuran program pendidikan prasekolah yang dianggap mahal.

  1. KESAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN PELAJARAN KANAK-KANAK

Adalah perlu diberi perhatian bahawa kajian-kajian di negara-negara maju telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah mempunyai kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan afektif kanak-kanak peringkat Gred I dan Gred II (Halim, 1989). Dari kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (United Nations International Children’s Emergency Fund) (1980-1984) didapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah

- 12 -

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991).

Kajian di Malaysia juga mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah ada dari keluarga yang mempunyai latarbelakang sosio-ekonomi tinggi atau rendah memperolehi pencapaian yang tinggi semasa di darjah I dan darjah II (Halim, 1989). Kajian-kajian di atas menunjukkan betapa pentingnya pendidikan prasekolah sebagai asas kesinambungan pendidikan sekolah rendah. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah bagi perkembangan diri kanak-kanak dan bertambahnya pusat-pusat pendidikan prasekolah di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggubal

Piagam (1994) tidak lupa memasukkan isu prasekolah. Piagam ini menyebut:-

  1. ISU KETIDAKSERAGAMAN KURIKULUM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Satu fenomena yang paling ketara mengenai pendidikan peringkat prasekolah ini ialah terdapatnya berbagai agensi yang terlibat di dalam mengendalikannya. Sehingga kini terdapat kira-kira 31 buah agensi kerajaan, separa kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan

- 13 -

bebas yang menganjurkan pusat pendidikan prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1984). Sehingga waktu ini pendidikan prasekolah ini makin berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi dan taraf hidup masyarakat. Setiap agensi penganjur mengendalikan pusat-pusat prasekolah secara berasingan tanpa sebarang kawalan daripada pihak yang berwajib. Kurikulum yang digunakan adalah berbeza dan di bentuk secara bebas oleh setiap agensi berkenaan untuk memenuhi kehendak dan matlamat masing-masing.

Sebagai satu usaha untuk menyelesaikan masalah ini, dalam tahun 1984, Kementerian Pendidikan telah menghasilkan sebuah ‘Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia’. Sebanyak lapan garis panduan untuk pendidikan prasekolah telah dibentuk dan garis panduan itu telah diperkemaskan lagi pada tahun 1986. Ini merupakan garis panduan untuk satu program tidak formal bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun. Garis panduan ini berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Secara ringkas garis panduan ini meliputi perkara-perkara seperti Pendidikan Ketatanegaraan, Pendidikan Kerohanian dan Moral, Penggunaan Bahasa Malaysia, Pendidikan Agama Islam, Perkembangan Fizikal, Perkembangan Sosio-Emosi, perkembangan kognitif dan perkembangan estetika dan daya kreatif.

Satu ulasan mengenai keadaan pendidikan prasekolah di Malaysia (New Straits Times, 22 Nov 1989:2) menunjukkan bahawa walaupun ada satu garis panduan yang

 

- 14 -

disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ketidakseragaman masih wujud. Ini adalah kerana 60% daripada tadika atau tabika yang ada di negara ini mempunyai kurikulum sendiri dan kaedah perlaksanaan yang berlainan. Kebanyakkannya terlalu memberatkan aspek tertentu seperti perkembangan aspek lain seperti kerohanian dan moral.

Menurut Zaharani Asran, (Utusan Malaysia, Nov. 1989), salah satu faktor yang menyebabkan penekanan yang tidak seimbang sewaktu melaksanakan kurikulum pendidikan awal adalah salah anggapan ibubapa tentang matlamat pendidikan prasekolah yang sebenarnya. Ramai ibubapa merungut kerana kanak-kanak belum pandai membaca, menulis dan mengira sedangkan mereka sudah dihantar ke taman asuhan kanak-kanak. Yang menjadi sasaran ibubapa ialah guru-guru tadika dan pihak pengurusan taman asuhan. Ibubapa akan mendesak agar anak-anak mereka diajar program 3M. Tanpa disedari mereka sebenarnya telah menimbulkan satu masalah yang menjadi kontroversi. Keperluan utama dalam rancangan pendidikan awal sekarang ini ialah menyediakan satu kurikulum yang sesuai, yang bercorak menyeluruh dan seimbang selaras dengan tujuan untuk melahirkan insan kamil.

Pengendalian pendidikan prasekolah oleh berbagai-bagai agensi yang berasingan ini telah menimbulkan beberapa masalah dan persoalan. Ini adalah kerana institusi-institusi tersebut mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi, keutamaan dan kemampuan yang tersendiri dan berbeza-beza khasnya aspek penggunaan bahasa pengantar, penggunaan

 

- 15 -

kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik guru, gaji guru dan yuran pelajar, penempatan tadika, pengurusan dan pentadbiran, kemudahan-kemudahan asas dan keutamaan-keutamaan yang ditekankan.

Antara isu-isu yang dapat di timbulkan dari pendidikan prasekolah adalah dari sudut:

6.1 Model Kurikulum

Model kurikulum atau program prasekolah didapati berbagai-bagai. Ada yang menggunakan model tradisional atau akademik dan ada yang menggunakan Model Froebel, Montessori, Piaget, Head Start, Perkembangan Menyeluruh, Kurikulum Terbuka dan Campuran dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun kebanyakan prasekolah swasta menggunakan model tradisional dan ini dianggap menyeleweng daripada matlamat pendidikan awal kanak-kanak yang sepatutnya bertujuan untuk menggalakkan perkembangan psikososial, personaliti, moral dan potensi kanak-kanak. Prasekolah anjuran agensi kerajaan pula menekankan aspek sosiolisasi, perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan kognitif.

6.2 Yuran

Kedudukan kewangan tadika swasta adalah kukuh disebabkan oleh yuran yang tinggi yang dikenakan kepada setiap kanak-kanak. Sebaliknya tadika yang dikelolakan oleh

- 16 -

agensi-agensi kerajaan tidak begitu kukuh kedudukan kewangannya jika dibandingkan dengan tadika swasta. Sumber kewangan tadika/tabika agensi kerajaan adalah bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan tetapi jumlah itu sangat kecil. Bayaran untuk menghadiri tadika adalah berbeza-beza. Kanak-kanak dari keluarga yang kaya menghadiri tadika yang bayarannya lebih tinggi dari bayaran universiti dan kanak-kanak yang dari keluarga yang miskin akan menghadiri tadika yang bayarannya lebih murah atau kemungkinan tidak menghadiri tadika langsung. Ekoran dari ini, tadika yang mengenakan bayaran yang tinggi dapat pula memberi gaji yang lebih tinggi kepada guru-guru yang mempunyai latihan yang lebih baik. Ini tidak mungkin dilakukan oleh tadika-tadika yang mengenakan bayaran yang rendah, oleh itu guru-guru yang diambilnya tidak terlatih dan kedudukan mereka pula tidak tetap.Keadaan ini akan menjadikan tadika yang mengenakan bayaran tinggi itu lebih baik dan kanak-kanak yang menghadiri tadika tadi menerima pendidikan prasekolah yang lebih sempurna. Kesimpulannya ialah orang yang lebih baik kedudukan sosio-ekonominya akan mendapat pendidikan prasekolah yang lebih baik. Pembayaran yuran yang berbeza mencerminkan ketidak seimbangan antara kawasan dan agensi yang terlibat.

6.3 Kelayakan Akademik dan Ikhtisas Guru

Tenaga pengajar yang mengendalikan program latihan ini mempunyai kelulusan akademik dan ikhtisas yang berbeza-beza. Ada di antara agensi ini mempunyai tenaga pengajar yang berkelulusan ‘post graduate’ dalam pendidikan prasekolah. Manakala yang

- 17 -

lain pula hanya mempunyai latihan asas berhubung dengan pendidikan prasekolah. Tidak ada koordinasi di antara agensi-agensi yang menjalankan latihan berhubung dengan kurikulum, taraf akademik tenaga pengajar dan jangka masa kursus yang dijalankan. Di samping itu hanya sejumlah kecil sahaja bakal-bakal guru tadika yang dapat diberi latihan sempurna kerana terhadnya bilangan pusat latihan dan bilangan tenaga pengajar yang berkelayakan.

6.4 Gaji guru

Memandangkan pendidikan prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi dan pertubuhan, maka terdapat perbezaan yang ketara dari segi bayaran gaji dan ganjaran untuk guru-guru prasekolah. Prasekolah yang mengenakan yuran yang mahal kepada kanak-kanak di bawah pengawasannya akan membayar gaji guru dengan jumlah yang lebih mahal berbanding dengan agensi prasekolah yang mengenakan yuran yang rendah. Pembayaran gaji guru juga adalah berpandukan kepada kelayakan akademik yang di miliki oleh guru berkenaan. Tidak ada pelarasan gaji di antara guru-guru yang mengajar. Secara amnya, guru-guru tadika agensi kerajaan atau separa kerajaan menerima gaji di antara RM 400 hingga RM600 manakala bagi guru-guru tadika swasta adalah sebanyak RM 700 dan kadangkala mencapai keempat angka.

 

 

 

-18 -

6.5 Latihan Guru

Latihan untuk guru-guru tadika atau tabika dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan. Di antaranya ialah KEMAS, Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, FELDA dan lain-lain badan-badan khas dan agensi kerajaan dan pihak swasta. Guru-guru tersebut di kehendaki untuk menjalani pelbagai kursus yang menekankan kepada aspek pembelajaran dan pengurusan kanak-kanak. Terdapat juga sebilangan guru-guru tadika yang tidak mempunyai latihan khusus untuk mengajar. Persoalannya di sini bagaimanakah

6.6 Kemudahan-kemudahan Asas Fizikal

Kemudahan asas fizikal di antara tadika-tadika adalah berbeza mengikut lokasi dan kemantapan kewangan agensi yang mengendalikan tadika tersebut. Antara kemudahan-kemudahan asas yang di dapati di tadika adalah seperti bilik air, ruang permainan kanak-kanak, ruang makan dan ada sebahagiannya yang menyediakan kawasan untuk beriadah, berenang dan sudut-sudut bacaan dan ruang untuk berehat. Kadang-kala pihak tadika sendiri ada menyediakan kemudahan pengangkutan seperti bas dan van untuk menghantar kanak-kanak ke tadika .

6.7 Organisasi, Pengurusan dan Pentadbiran Tadika

Setiap badan penganjur tadika mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran institusinya yang tersendiri. Penyelarasan di antara agensi-agensi tersebut langsung tidak

- 19 -

wujud, terutamanya untuk menuju ke arah haluan yang sama bagi menghasilkan pendidikan prasekolah yang berkualiti. Perbezaan-perbezaan dalam aspek pentadbiran ternyata dari segi bilangan unit atau bahagian yang terlibat dalam bidang-bidang pengendalian prasekolah, bilangan kakitangan asas dan kelayakan serta pengalaman kakitangan. Struktur organisasi pengurusan prasekolah juga adalah berbeza di antara satu sama lain.

6.8 Pendaftaran dan Penyelarasan

Semua sekolah asuhan mestilah didaftarkan di Kementerian Pendidikan mengikut Seksyen 44, Akta Pelajaran 1971 kecuali tadika atau sekolah asuhan yang mendapat pengecualian dari pendaftaran mengikut Seksyen 127, Akta Pelajaran 1961. Semua guru(termasuk Guru Besar), Pengelola atau pengurus dan pekerja kindergarten atau sekolah asuhan hendaklah di daftarkan di Kementerian Pendidikan mengikut Seksyen 75 dan 79, Akta Pelajaran, kecuali guru, pengelola dan pengurus serta pekerja kindergarten yang mendapat pengecualian dari pendaftaran mengikut Seksyen 127, Akta Pelajaran 1961. Walaubagaimanapun terdapat tadika-tadika yang masih belum di daftarkan di Kementerian Pendidikan kerana matlamatnya adalah bukan untuk mencari keuntungan tetapi untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak di daerah masing-masing. Bagi prasekolah yang mendapat bantuan daripada KEMAS, maka prasekolah itu dianggap

 

 

- 20 -

mendapat pengecualian dari pendaftaran. Prasekolah polis dan tentera yang terletak di kawasan penempatannya di kecualikan juga dari pendaftaran Kementerian Pendidikan atas alasan ia di anggap terkawal dan selamat.

7.0 RESOLUSI BAGI PENYERAGAMAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Penubuhan pusat-pusat asuhan dan tadika dari sejak 1950-an adalah menurut dasar laissez-faire, iaitu dasar terbuka atau dasar memberi autonomi dan kebebasan kepada pihak yang berminat dan berkemampuan menganjurkan pusat-pusat berkenaan. Justeru daripada dasar-dasar kerajaan ini telah mewujudkan ketidakimbangan dan ketidakseragaman dalam pelbagai aspek pendidikan prasekolah seperti pentadbiran, kurikulum, latihan guru, gaji guru, yuran, mutu infrastruktur dan kriteria pendaftaran pusat prasekolah. Beberapa resolusi atau langkah-langkah perlu di ambil untuk mengurangkan dan seterusnya membaharui ketidakseragaman dan ketidakimbangan. Di antara resolusi ialah seperti berikut:

 

- 21 -

semula dan di beri definisi yang baru. Samada rancangan pendidikan prasekolah hendak di laksanakan secara menyeluruh atau secara perlaksanaan pemilihan.

 

- 22 -

- 23 -

    1. Bagi tadikan swasta atau bukan di bawah Kementerian Pendidikan, di tahap I, Kementerian meluluskan atau tidak meluluskan pendaftarannya. Di tahap II, Kementerian meneliti prasekolah ini untuk membaharui lesen, kemansuhan taraf dan sebagainya.
    2.  

       

      - 24 -

    3. Tadika di bawah Kementerian Pendidikan sudah ditentukan keperluan-keperluannya. Kawalan kualiti akan juga melihatkan aspek-aspek perundangan.

 

8.0 IMPLIKASI KETIDAKSERAGAMAN KURIKULUM PRASEKOLAH TERHADAP PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

 

Perbezaan orientasi tadika-tadika mungkin akan menyulitkan kedudukan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ada kemungkinan tadika-tadika yang dibiayai oleh persatuan, kaum atau parti politik akan di hadiri oleh satu golongan etnik sahaja. Orientasinya akan diserap dalam proses sosilisasi yang berlaku di tadika. Jika orientasinya selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan maka ianya tidak akan menjadi masalah, tapi bagaimana kalau tidak? Ia tentu akan mendatangkan impak kepada pertumbuhan kanak-kanak tadika yang terbabit semasa mereka memasuki alam persekolahan kelak. Isu yang wajar di fikirkan di sini ialah sejauhmanakah pengalaman-pengalaman pembelajaran yang berbeza-beza itu mempengaruhi kualiti kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah. Dalam hubungan ini kesan pendidikan prasekolah ke atas pendidikan formal sekolah rendah perlulah di kaji di samping membincangkan kesan kurikulum sekolah rendah terhadap pertumbuhan dan perkembangan diri kanak-kanak terbabit.

 

 

 

- 25 -

Situasi 1

Di beberapa buah sekolah didapati murid-murid yang telah menghadiri tadika dengan murid yang tidak menghadiri tadika di letakkan bersama dalam satu darjah. Dari kajian yang telah di buat sebelum ini, di sebuah sekolah, di dapati ada enam buah darjah satu. Tiap-tiap satu darjah mempunyai tiga kumpulan murid-murid. Kumpulan murid-murid tersebut terbahagi kepada:-

  1. Kumpulan Maju
  2. Kumpulan Sederhana
  3. Kumpulan Lemah.

Tiap-tiap kumpulan maju terdiri hampir-hampir semuanya dari mereka yang menghadiri tadika. Seperti yang sudah di jangka, manakala kumpulan lemah terdiri hampir-hampir semuanya dari golongan miskin dan ada yang tidak pernah memasuki tadika. Guru di kelas ini mendapati kelas begitu sukar di kendalikan. Murid-murid lemah terpaksa dibimbing sepenuh masa kerana asas pelajarannya ialah nil sedang murid-murid maju pula membuat bising bila sahaja perhatian guru di berikan kepada kumpulan lemah. Hal ini menjadi semakin kusut kerana guru-guru dan murid-murid "lemah" itu masing-masing ada perasaan emosi.

Guru selalunya, dengan tidak disedari, terperangkap oleh apa yang di panggil self-fulfilling prophecy. Tidak menghadiri tadika itu di hubungkan pula dengan lemah pelajaran, dan kelemahan itu dihubungkan pula dengan kelas sosio ekonomi, dan akhirnya

- 26 -

hakikat tidak menghadiri tadika itu di lupakan. Yang diingat selalu ialah budak-budak itu lemah ialah kerana mereka anak-anak orang miskin yang selalunya "bodoh", dan tidak dapat di tolong atau di bantu. Pada hal kanak-kanak itu memerlukan jauh lebih banyak, dan bukannya jauh lebih kurang perhatian guru. Tidak sahaja guru-guru yang akhirnya patah semangat untuk mengajar murid-murid "lemah" ini. Mereka juga mendapati ketiadaan daya untuk belajar. Ketiadaan daya yang pada mulanya di sebabkan oleh ketiadaan persediaan pembelajaran prasekolah, akhirnya berubah kepada ketiadaan daya yang di sebabkan oleh konsep rendah diri.

Salah satu daripada sebab-sebab terjadinya rendah diri adalah di mana kanak-kanak yang telah berpendidikan tadika, pada tahun pertama persekolahan rendah, umpamanya akan dapat memberikan jawapan yang betul, lalu di puji guru, dan dengan demikian naiklah konsep dirinya. Kanak-kanak yang tidak berpendidikan tadika banyak membuat salah lalu di keji atau tidak di puji dan dengan demikian menjadi rendahlah konsep diri, maka keupayaan untuk belajar itu tidaklah di gunakan mereka sepenuhnya.

Situasi 2

Dari satu kajian , di dapati di dalam satu kelas yang di lawati oleh pengkaji, murid-murid yang tidak berpendidikan tadika yang selalu sahaja menangis, ponteng kelas dan membawa ibu menemani mereka di sekolah. Murid-murid yang tidak berpendidikan tadika juga adalah di antara mereka yang suka bercakap bohong mengatakan buku kerja

 

- 27 -

mereka hilang atau ibu bapa mereka tidak mampu membeli buku kerja, atau buku itu tertinggal di rumah, padahal setelah diperiksa beg mereka di dapati buku itu memang ada.

Semuanya ini adalah merupakan sikap mahu melepaskan diri. Pengalaman di sekolah tidak menyenangkan, tidak menguntungkan, tidak memberikan rasa bahagia dan tidak menyeronokkan. Mereka tidak mehu penilaian kerana mereka selalu membuat salah dan membuat silap akan mendatangkan kemarahan guru. Dalam suasana persaingan antara individu di dalam kelas, situasi ini sangat menyakitkan. Dengan kata lain, kanak-kanak itu mahu mengelakkan diri dari berinteraksi dengan guru. Menurut Exchange Theory, kita terus mahu berinteraksi dengan orang yang memberikan kita kepuasan dan kesenangan, dan kita memilih untuk keluar dari berinteraksi bila orang memberikan kita pengalaman yang tidak menyenangkan.

Situasi 3

Mengasing-asingkan murid-murid darjah satu yang tidak berpengalaman tadika kepada kelas yang berasingan akan memudahkan sedikit kerja guru dengan pengertian bahawa guru tidak payah memenuhi kehendak yang berbeza dari dua kumpulan dalam satu kelas yang sama. Ia membolehkan guru melepaskan diri dari belenggu prasangka terhadap murid-murid "lemah" ini masih belum tentu mungkin. Walaupun kelas itu "homogeneous", tetapi guru menyedari hakikat bahawa darjah itu rendah pencapaiannya berbanding dengan darjah satu lain yang murid-muridnya terdiri dari kanak-kanak yang

 

- 28 -

telah berpengalaman tadika. Langkah yang sebegini sebenarnya bukanlah langkah menyelesaikan masalah yang lebih asas. Langkah ini adalah sekadar mencari cara yang mudah dari strategi pengajaran bila berhadapan dengan keadaan yang di timbulkan oleh masalah asas tadi. Dan masalah asas di sini ialah masalah "ketidaksamaan" yang diperburukkan lagi kerana kanak-kanak yang tidak "lengkap" di perlengkapkan lagi menerusi tadika yang mempunyai kemudahan yang baik sementara kanak-kanak yang datang dari golongan yang daif, adalah lair daripada tadika-tadika yang tidak mempunyai kemudahan yang cukup untuk tujuan pembelajaran.

Situasi 4

Satu cabaran pada pendidikan prasekolah adalah kesan-kesan pendidikan prasekolah yang masih belum boleh di sahkan dengan sepenuhnya. Dari kajian yang telah di buat di dapati kanak-kanak yang memasuki tadika tidak dapat mengekalkan pencapaian kognitif mereka di sekolah rendah. Ada pula pendapat menyatakan bahawa ada kanak-kanak yang mempunyai pengalaman tadika yang tidak berdisiplin dan tidak mahu mengikuti kebiasaan-kebiasaan belajar di bilik darjah di sekolah rendah. Sebaliknya kanak-kanak yang tidak mempunyai pengalaman tadikalah yang mengikuti pengajaran guru dengan lebih hati-hati dan bersemangat.

 

 

- 29 -

Situasi 5

Dari kajian yang di jalankan juga di dapati bahawa pendidikan prasekolah itu adalah merupakan sebagai percubaan untuk menggantikan fungsi rumah dan keluarga. Tadika sebenarnya bukanlah berfungsi sebagai institusi keluarga tetapi sebenarnya adalah bersifat sebagai meneguhkan fungsi ibu bapa dan bukannya membawa kepada pepecahan sistem kekeluargaan. Hakikat ini timbul kerana ada tadika yang berfungsi sebagai day care memberikan perkhidmatan perlindungan kepada kanak-kanak dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Menurut Moore salah seorang pengkaji yang membuat kajian terhadap kank-kanak menyatakan bahawa kasih sayang keibuan atau kebapaan jarang-jarang boleh di gantikan dengan kasih sayang pembimbing atau guru tadika.

Secara kesimpulannya, demikianlah beberapa situasi-situasi yang berlaku di arena pendidikan prasekolah. Pertimbangan yang wajar seharusnya di berikan pada situasi-situasi yang berlaku dan tindakan-tindakan positif sepatutnya di ambil bagi menjadikan pendidikan prasekolah itu sebagai taman asuhan kanak-kanak dalam pengertian yang sebenarnya dan dapat membantu pendidikan di peringkat rendah. (Dewan Masyarakat, 1993)

 

 

 

 

- 30 -

  1. CADANGAN

dengan menggunakan pendekatan holistik untuk pendidikan awal. Pendekatan ini ialah pendekatan yang menyeluruh, bersepadu, berkeseimbangan dan merangkumi semua aspek penting secara serentak. Aspek-aspek yang diberikan perhatian akan dihubungjalinkan antara satu dengan yang lain supaya terdapat "kesepaduan" . Menurut perspektif Islam , bukan sahaja kesepaduan malah keseimbangan antara aspek rohani (keimanan dan akhlak), aspek intelek (kognitif), aspek emosi (afektif), dan aspek jasmani (psikomotor) juga perlu diberi perhatian. Kesemuanya dijalinkan secara berhiraki dan berkesinambungan dengan aspek-aspek lain seperti intelek untuk mandapatkan pengetahuan yang berguna, aspek emosi dan aspek jasmani untuk mendapat kebolehan berinteraksi dan kecergasan fizikal. Hasil yang ingin dicapai ialah manusia beriman, berilmu dan beramal, bukan yang mempunyai ilmu tanpa amal atau yang beramal tetapi jahil.

 

- 31 -

infrastruktur pendidikan prasekolah dan sepatutnya mendapat sokongan moral

serta kebendaan daripada pihak swasta dan kerajaan.

- 32 -

- 33 -

(Kementerian Pendidikan Malaysia)

  1. MASA DEPAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Pendidikan Prasekolah di Malaysia akan mengalami perubahan sejajar dengan pembangunan negara. Pemikiran rakyat Malaysia tentang peripentingnya pendidikan di peringkat kanak-kanak memberi impak kepada pertumbuhan pusat-pusat bimbingan dan didikan khas untuk kanak-kanak. Peningkatan dwi-kerjaya di dalam sesebuah keluarga memberi kesan yang cukup besar kepada bercambahnya pusat-pusat ini. Perkembangan teknologi maklumat dewasa ini mendorong pusat bimbingan kanak-kanak agar mengikut arus teknologi terkini. Keluarga kanak-kanak yang terlibat mempunyai keyakinan kepada pusat bimbingan kanak-kanak yang menawarkan aktiviti-aktiviti pengajaran mereka yang berteraskan teknologi moden. Persoalannya di sini, adakah penekanan yang diberikan ini

- 34 -

kelak akan membangunkan jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial yang terancang bagi melahirkan generasi berkualiti. Adakah pusat-pusat bimbingan ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata? Mungkin sebilangan kecil sahaja yang benar-benar memahami konsep pendidikan sebenarnya. Adakah suatu hari nanti kanak-kanak ini hanya perlu belajar dari rumah sahaja tanpa perlu ke sekolah? Kesemua persoalan ini akan terjawab jika pihak pentadbiran pendidikan benar-benar faham matlamat pendidikan negara. Hanya masa yang akan menentukan halatuju Sistem Pendidikan Prasekolah di Malaysia.

  1. PENUTUP

Demikianlah di antara cadangan-cadangan yang menampakkan garis-garis persediaan ke arah menjadikan pendidikan prasekolah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Pendidikan prasekolah merupakan sesuatu yang semakin mendapat perhatian dalam pergolakan pendidikan tanahair kita. Sebagaimana juga peringkat-peringkat pendidikan yang lalu, pendidikan prasekolah melalui berbagai tahap proses perubahan perkembangan dan cabaran sebelum memperolehi kematangan yang membantu pertumbuhan sepenuhnya. Implikasi pengalaman tadika kepada tingkahlaku kemasukan murid-murid darjah satu dan kesan-kesan seterusnya kepada persekolahan melahirkan kesan domino. Pendidik-pendidik dan mereka yang berkecimpung di dalam pendidikan prasekolah mestilah mengenali isu-isu yang berkaitan dengan komponen-

 

- 35 -

komponen bidang tersebut serta mencari penyelesaian daripada berbagai alternatif yang ada, sebelum sesuatu keputusan dan tindakan pendidikan di laksanakan. Penentuan arah pendidikan prasekolah di Malaysia, samada kita mahukan ianya sebagai sebahagian daripada sekolah rendah yang formal atau mempertahankan keistimewaannya di luar pendidikan sekolah rendah adalah pertimbangan yang memerlukan pemikiran yang teliti. Terpulanglah kepada para pendidik, ibu bapa dan masyarakat mementukan asas-asas yang logik dan bernas kepada pembentukan dasar-dasar dan undang-undang dalam bidang tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

- 36 -